• Kekasih Khayalan

    • (Average rating 5.00 / 2 ratings / 1 reviews)

    RM 40.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789671286067
    • Format : Paperback
    • By (Author): Acik Lana
    • Publisher: Booku Enterprise
    • Published Date: 05 Oct 2020

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Satu pengalaman yang sangat aneh telah dilalui Noah kebelakangan ini. Tak pasti apa puncanya, dia sering terlihat kelibat seorang gadis cantik jelita. Bukan di tempat biasa-biasa, sebaliknya di rumah penuh kenangan milik keluarga mereka suatu ketika dulu. Noah benar-benar buntu dibelit tanda tanya.

Siapa perempuan itu? Dan kenapa dirinya akan segera ‘berkejar’ ke sana setiap kali diseru? Yang paling menakutkan, dia bagaikan dipukau dan terkaku di dunia realiti setiap kali mengembara separa sedar ke Cameron Highlands. Seriously, apa dah berlaku sebenarnya? Siapa yang mengawal otaknya sehingga dia bertindak begitu?

Misteri yang berlaku bukan dialami sebelah pihak saja, malah Arissa turut sama terkesan. Mati-mati dia fikir rumah yang baru dibelinya ini berhantu. Kalau bukan gangguan hantu atau makhluk halus, macam mana lelaki itu boleh muncul umpama angin di depannya? Sepantas kilat menjelma setiap kali dia memanggil nama. Namun tanggapan tersebut pudar sedikit demi sedikit apabila hubungan mereka semakin selesa dan rapat.

Hidup Arissa taklah seindah mana. Sering didatangkan dengan ujian apabila hasad dengki ibu dan adik tirinya menghantar dugaan demi dugaan. Tapi setiap kalidia cuba diapa-apakan mereka, setiap kali itulah si hero datang menyelamat. Cuma dia hairan kenapa orang disekeliling mula menuduhnya hilang akal? Menuduh dia gila? Dan kenapa kewujudan lelaki itu dinafikan setiap mulut manusia? Impossible! Setiap hari mereka bertemu muka dan saling berbicara, siapa yang gila sebenarnya? Dah tentu bukan dia!

Dari pertemuan Arissa bersama Noah mula menampakkan hubungkait yang saling bersambungan. Satu persatu misteri dan keanehan mula memberi penjelasan yang lebih masuk akal. Rupa-rupanya masih ada urusan yang belum selesai di sini. Masih ada jiwa yang belum tenang untuk meneruskan perjalanan ke dunia abadi.

“Aku sukakan kau, kenapa kau suruh aku bercinta dengan orang lain?”

Kejamkah kalau Arissa enggan memaafkan? Tapi bagaimana dengan jiwa yang mula mengenal cinta? Tolonglah fahami hatinya. Dia juga ingin bahagia.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 5.00 / 2 ratings / 1 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Kekasih Khayalan ISBN - 9789671286067