Wahai Orang Yang Berselimut

ISBN: 9789673888177
Checking local availability
RM25.00
Product Details

Publisher,Telaga Biru Sdn Bhd
Publication Date,
Format, Paperback
Weight,
No. of Pages, 168

Surah al-Muddatstsir merupakan surah yang sering dikaitkan
dengan persamaannya dengan surah sebelum, Surah alMuzzammil dari sudut makna yang membawa erti “orang yang
berselimut”. Tidakkah anda tahu makna orang yang sedang
berselubung atau berselimut menjadi analogi kepada pendakwah
bahawa kebenaran itu tidak akan tersingkap jika pendakwah itu
berlama-lamaan terperangkap dalam selimut ketakutan.


KELEBIHAN BUKU INI:
1.Tadabur surah al-Muddatstsir secara ringkas, tetapi sarat dengan
ilmu, fakta dan kupasan.
2.Dilengkapkan dengan infografik dan inti pati surah pada setiap
hujung bahagian bagi membantu menambahkan kefahaman
pembaca.
3. Pembaca boleh mengingat fakta menggunakan kod
bernombor.
4. Disediakan kompas pada awal bahagian yang memandu pembaca untuk kekal
fokus kepada ayat al-Quran dan tema yang sedang dikupas.
5. Inti sari keseluruhan surah dinyatakan dalam bentuk “
ring composition”, hasil
tadabur penulis terhadap surah ini.
6. Kesimpulan surah disampaikan dalam bentuk akronim, memudahkan pembaca
fokus kepada isi penting surah


|
Antara isi menarik buku ini:
4 perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW agar menang dengan seruan dakwah.
6 punca penentangan ke atas dakwah Rasulullah SAW zaman-berzaman.
3 bentuk respons musuh terhadap al-Quran.
5 sifat utama Neraka Saqar kepada kumpulan penentang dakwah dan al-Quran.
4 sasaran penceritaan Neraka Saqar.
3 objek sumpah yang digunakan oleh Allah SWT sebagai pembuktian kebenaran
Neraka Saqar dan hari pembalasan.
4 kelakuan utama sebagai penyebab seseorang dihumban ke Neraka Saqar.
4 sikap kaum kafir meskipun selepas diturunkan surah al-Muddatstsir terhadap
mereka.


USTAZ MUHAMMAD SYAARI AB RAHMAN
Anak kelahiran Tumpat ini merupakan lulusan Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum melanjutkan pengajian ke Ijazah
Sarjana dalam bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah dari Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Memiliki pengalaman lebih dari enam tahun dalam dunia latihan dan
motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan dan
Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Pernah dijemput sebagai panel dalam rancangan Positif
(TV3), Salam Muslim (Astro Oasis), Assalamualaikum (TV Al-Hijrah) dan panel tetap selama
empat tahun di segmen Ibrah kendalian Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM. fm).
Beliau telah menerima pengiktirafan Successful People in Malaysia, Britishpedia pada tahun
2021.








Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)