Misi Bebas Hutang

ISBN: 9789830977355
Checking local availability
RM20.00
Product Details

Publisher,Galeri Ilmu
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 300 g
No. of Pages,

Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat. Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri. Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya). Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah ansuran pinjaman membeli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan hutang membeli rumah kediaman ‘impian’ yang mana jika tiada pun kita masih boleh hidup. Ia tidak seperti kos keperluan asas untuk hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Jadi sesiapa yang dapat bebas daripada hutang-hutang ini, kita terlepas daripada bebanan kewangan terbesar. Seterusnya kita bolehlah fokus mengumpul harta dan mengembangkan kekayaan.

Customer Reviews

Based on 5 reviews
100%
(5)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Siti Fadzillah
Misi bebas hutang

Sebenarnya nak berhutang boleh tapi ikutlah kepada kemampuan diri sendiri. Buku ini boleh dijadikan panduan kita bagaimana untuk kita bebas dari berhutang✨

s
sitinurkhadijahjaafar
Misi Bebas Hutang

Sebuah buku pengurusan kewangan yang yang membebaskan diri dari hutang. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman dan survival penulis sendiri dalam menghadapi kehidupan mencabar. Bagi yang ingin tahu tip tip dan petua kena dapatkan naskah ini untuk bebaskan diri daripada hutang.

N
Norhidayu ahmad
Misi bebas hutang

Pengurusan aliran tunai yg btl.diantara buku buku kewangan yg blh dimiliki belajar utk urus kewangan dgn baik.

N
Norhidayu ahmad
Misi bebas hutang

Pengurusan aliran tunai yg btl.diantara buku buku kewangan yg blh dimiliki belajar utk urus kewangan dgn baik.

S
Sofi Zul
Recommended

Sangat recommend buku ini sebab satu dari lima impian yang contoh impian tersebut diberikan dalam buku ini telah pun saya capai. Alhamdulillah.

Saya suka untuk kongsi contoh impian tersebut sebab kerana contoh itulah yang menyebabkan saya beli kerana saya rasakan untuk bebas dari hutang perlukan matlamat yang jelas dan azam yang kuat.

Contoh impian tersebut perlu dibaca setiap hari.
1. Aliran tunai positif (belanja kurang dari pendapatan) - kini dan selamanya insya-Allah
2. Cukupkan simpanan kecemasan (tiga bulan pendapatan) - selesai tahun 2021
3. Kewangan selamat (simpanan 6-12 bulan) - selesai tahun 2022.
4. Bebas hutang (langsai semua hutang negatif) - selesai tahun 2023.
5. Bebas kewangan (pendapatan pasif melebihi kos sara hidup) - sedang diusahakan.

Tulislah impian, insya-Allah dengan usaha dan ketentuan-Nya, ianya dapat dicapai.
Detil yang lebih terperinci ada didalam buku ini iaitu apa yang perlu dibuat selepas tulis impian.