Dari Alam Lain

ISBN: 9789674462109
Checking local availability
RM37.00
Product Details

Publisher,PRIMA
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages, 670

Mereka ialah pemburu hantu. Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam dan Dean Winchester. Mereka juga tidak ada kaitan dengan kumpulan legenda Ghostbuster. Mereka adalah Badruz Zaman dan Citra Adra, kacukan manusia-bunian, kembar yang yatim piatu.

Pasangan kembar ini ada misi tersendiri. Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul dan mengenali ibu ayah mereka. Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk ke alam bunian kecuali melalui diari arwah ayah mereka yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil sebagai relung dengan tempat-tempat seram.

Bukan semua tempat seram yang ada kaitan dengan relung, tetapi relung pasti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan. Maka mengembaralah Badruz Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung.

Dalam masa yang sama, makhluk yang pernah menghuru-harakan dunia ketika Zaman Melaka dahulu menanti masa untuk kembali. Makhluk itu jugalah dalang yang menyebabkan kedua-dua orang tua mereka menemui ajal.