The Psychology Of Money - Edisi Bahasa Melayu

ISBN: 9789672437581
Checking local availability
RM50.00
Product Details

Publisher,Write & Brave
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 400 g
No. of Pages, 276

Buku The Psychology of Money, Morgan Housel telah terjual lebih 2 juta naskhah di seluruh dunia. Kini dibawakan edisi terjemahan ke Bahasa Melayu untuk anda!

Menguruskan wang dengan baik tidak semestinya tentang apa yang anda tahu. Ia mengenai tingkah laku anda. Dan tingkah laku sukar untuk diajar, walaupun kepada orang yang benar-benar pintar.

Wang—pelaburan, kewangan peribadi dan keputusan perniagaan—kebiasaannya diajar sebagai bidang berasaskan matematik, iaitu data dan formula memberitahu kita dengan tepat perkara yang perlu dilakukan. Tetapi dalam dunia sebenar, orang tidak membuat keputusan kewangan berdasarkan hamparan kerja. Mereka membuat keputusan di meja makan, atau di dalam bilik mesyuarat, di mana sejarah peribadi, pandangan unik anda tentang dunia, ego, kebanggaan, pemasaran dan insentif ganjil dihimpunkan bersama.

Penulis berkongsi 19 kisah pendek yang meneroka cara pelik manusia berfikir tentang wang serta mengajar anda cara memahami dengan lebih baik salah satu topik paling penting dalam kehidupan.

Kandungan buku ini tidak terlalu berat tetapi sarat dengan saranan kewangan yang lain daripada yang lain:

Pengenalan: Pertunjukan Terhebat Di Bumi

  • Tiada Siapa yang Gila
  • Tuah & Risiko
  • Tidak Pernah Cukup
  • Pembauran Pengkompaunan
  • Jadi Kaya VS Kekal Kaya
  • Hasil Tidak Akan Mengkhianati Usaha
  • Kebebasan
  • Paradoks Lelaki dalam Kereta
  • Kekayaan adalah Apa yang Anda Tidak Nampak
  • Simpan Wang
  • Munasabah > Rasional
  • Kejutan!
  • Ruang untuk Kesilapan
  • Anda Akan Berubah
  • Tiada Apa yang Percuma
  • Anda dan Saya
  • Godaan Pesimisme
  • Apabila Anda Akan Percaya dengan Segalanya
  • Kesimpulan

 

PROFIL PENULIS

Morgan Housel merupakan rakan kongsi di syarikat Collaborative Fund. Sebelum ini beliau ialah kolumnis di The Wall Street Journal dan The Motley Fool. Beliau pernah memenangi The Best in Business Award daripada Society of American Business Editors and Writers sebanyak dua kali, New York Times Sidney Award, dan finalis sebanyak dua kali bagi Gerald Loeb Award for Distinguished Business Writing.

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
H
Hubong wesley

Good