Mi Esposa

ISBN: 9789838222068
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,FAJAR PAKEER
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

“To be loved by me is a privilege." - TENGKU ADREAN RUIZ

Pengkhianatan daripada keluarga adalah luka yang paling dalam bagi seseorang.

Arisa Rania. Dia dibenci oleh bapa kandungnya kerana dianggap sebagai punca kematian ibunya. Keadaan bertambah buruk apabila bapanya mengahwini Puan Suria dan dia terpaksa bersaudara tirikan Suraya.

Di saat Rania merasakan seperti ingin berputus asa, hadir seseorang menariknya keluar dari dunia kelamnya. Hidupnya yang sebelum ini dipenuhi derita berubah sekelip mata apabila bertemu dengan jejaka bermata kelabu cerah itu.

“When I first saw you, you took my breath away, and you still do…” - ARISA RANIA

Tengku Adrean Ruiz. Seorang jejaka yang dingin dan beku. Sepatah ditanya, sepatah jugalah yang dijawab. Senyuman? Tiada! Wajah tampannya tidak pernah dihiasi dengan sebarang senyuman. Aura lelaki itu cukup untuk menggerunkan sesiapa saja yang melihat.

“I can be the best architect, I can be the richest CEO, I can be a smart accountant, I can be a ruthless killer, and I can be the most romantic husband, esposa. And I can be anything you want me to be.” - TENGKU ADREAN

Rania yang dulunya dihina, diseksa dan dIremehkan berubah mendadak apabila martabatnya diangkat menjadi seseorang yang layak disayangi. Namun, pelangi yang muncul hanya bersifat sementara. Ujian dan badai datang bertimpa-timpa. Apatah lagi dengan sikap Tengku Adrean yang suka berahsia.

Mampukah dia diberi kesempatan untuk mengecap bahagia lagi, selepas apa yang terjadi dalam hidupnya?

Atau, adakah dia perlu melangkah pergi, supaya tiada lagi yang tersakiti atau disakiti.

“Dragón siempre será el dragon.”

Orang bilang darah itu lebih kental daripada air. Tapi sering kali hanya air yang ada ketika diperlukan. Sementara darah, entah ada di mana.

“Did you forget what I tell you? The Ruiz never bow to anyone.”

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)