Kau Bicara Tentang Cinta

ISBN: 9789674692285
Checking local availability
RM28.00
Product Details

Publisher,KaryaSeni
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Find this product in our store.
Shelf: MUTIARA MINDA / NOVEL / CINTA

Kindly ask our staff if you cannot locate the shelf.

Kata orang, bahagia itu tidak mampu dibeli walau dengan segunung intan dan selautan permata.  Namun, mengapa manusia masih ada rasa tamak menginginkan segalanya?

Sera Nur akur, itu bukan miliknya.  Bahagianya cukup dengan mempunyai sekeping hati yang sentiasa reda pada ketetapan Tuhan.  Berbeza dengan Bunyamin yang mahu mempertahankan hak.  Tapi, adakah hak itu benar-benar miliknya?

 

“Daddy saya ada beritahu Cik Sera apa-apa?” - Bunyamin

“Kami hanya bersembang kosong.” - Sera Nur

“Tak ada tentang saya?  Tentang kita?” – Bunyamin

 

Ironinya, biarpun harta kekayaan tidak mampu membeli bahagia, Sera Nur cuba membeli kebebasan sendiri dan mustahil untuk Bunyamin berikan. 

 

“You’re my wife, Sera Nur. I’m going to keep you by my side forever…” – Bunyamin

“Walau hanya untuk hidup dengan jasad yang tak ada jiwa?” – Sera Nur

 

Mereka mahu menuju ke arah bahagia bersama.  Sayangnya, cinta antara mereka hilang panduan.  Cinta mereka kian menyongsang.  Cinta milik mereka sedang karam.