• Undang-Undang dan Pentadbiran Kerajaan Tempatan di Malaysia

    • (Average rating 2.50 / 2 ratings / 1 reviews)

    RM 25.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : UNDANG-UNDANG-LAIN LAIN
    • ISBN Code: 9789834613976
    • Format : Paperback
    • By (Author): Mohd. Bakri Haji Ishak
    • Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
    • Published Date: 15 Sep 2015

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Buku Undang-undang dan Pentadbiran Kerajaan Tempatan di Malaysia merupakan sebuah buku yang sangat diperlukan oleh masyarakat umum untuk lebih memahami tanggungjawab dan fungsi Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia. Buku ini mengetengahkan beberapa aspek penting, seperti latar belakang dan sejarah pertumbuhan bandar raya Ipoh dan pihak berkuasa tempatannya, kaedah dan prosedur penilaian hara tanah untuk tujuan kadaran atau cukai taksiran, prosedur atau peraturan untuk memohon elaun kekosongan cukai taksiran oleh pemilik bangunan atau harta tanah, prosedur mengeluarkan sijil layak menduduki bangunan, latar belakang sejarah pentadbiran PBT, kajian kes Majlis Bandaraya Ipoh, peranan Bahagian Kerajaan Tempatan terhadap PBT di negeri Perak dan aspek pengurusan sisa pepejal yang menjadi sebahagian daripada fungsi utama PBT di Malaysia. Imbasan pelbagai Undang-undang Kecil yakni sebahagian daripada perundangan perwakilan yang diguna pakai oleh PBT di Malaysia, serta aspek pengurusan alam sekitar turut dimuatkan. Kesemua aspek ini perlu diketahui masyarakat Malaysia sama ada peniaga mahupun masyarakat umum. Selain itu, buku ini turut mengetengahkan beberapa gambaran tertentu amalan pengurusan alam sekitar yang diamalkan oleh beberapa buah bandar raya di Eropah seperti Chipiona, Jerez dan Cadiz di Sepanyol.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 2.50 / 2 ratings / 1 reviews)

Bestsellers in UNDANG-UNDANG-LAIN LAIN

MPH - Undang-Undang dan Pentadbiran Kerajaan Tempatan di Malaysia ISBN - 9789834613976