• Tiga Puteri Gemilang

    RM 60.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : SEJARAH & POLITIK
    • ISBN Code: 9789674152048
    • Format : Paperback
    • By (Author): Fawzia Abdullah
    • Publisher: MPH Group Publishing
    • Published Date: 25 May 2014

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Ini adalah sebuah buku yang berlainan dari buku-buku yang lain: Kisah tiga orang saudara perempuan yang digelar ‘Tiga Puteri Gemilang' yang tanpa diduga telah membantu mengubah perjalanan negara ini. Dua daripada mereka mengahwini Perdana Menteri kedua dan ketiga, dan salah seorang daripadanya menjadi ibu kepada Perdana Menteri keenam. Mereka berasal dari keluarga yang mempunyai kedudukan di Muar. Bapa mereka, Allahyarham Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar, adalah seorang yang terkemuka dan telah menempa nama dalam bidang politik serta dunia korporat. Buku ini adalah mengenai bagaimana Tiga Puteri Gemilang ini – Fakhriah, Suhailah dan Rahah – membesar dan menghadapi kehidupan sebagai isteri dan ibu mentakrif semula pengertian kelembutan, keanggunan dan penyesuaian diri. Penghormatan yang diberikan kepada mereka samalah juga dengan penghormatan yang diberikan kepada golongan wanita di negara ini yang telah menjadi tunggak kekuatan di belakang kejayaan suami-suami, anak-anak dan cucu-cucu mereka. Kita dapat mempelajari banyak dari Tiga Puteri Gemilang ini. Buku ini akan membuatkan orang jati Muar berasa megah kerana orang Muar memang sebenarnya luar biasa. Dan sekarang mereka mempunyai sebab untuk lebih berbangga, kerana walaupun Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak berasal dari Pekan, tetapi beliau tetap juga mempunyai pertalian darah dan asal usul dari Muar. Ibunya, salah seorang daripada Tiga Puteri Gemilang ini, dilahir dan dibesarkan di Muar.

 



Bestsellers in SEJARAH & POLITIK

MPH - Tiga Puteri Gemilang ISBN - 9789674152048