• Sahabat Rasulullah S.A.W. dan Asbabun Nuzul

    RM 60.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category :
    • ISBN Code: 9789836101846
    • Format : Hardcover
    • By (Author): HAR ARRASYID HAJI TUSKAN ; ABU AZKA AL MADANI
    • Publisher: UNKNOWN

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Dalam kitab ini di terangkan tentang tafsiran ayat-ayat al-Quran mengikut pendapat ulama-ulama muktabar berpandukan tafsiran Asbabun Nuzul yakni sebab-sebab turunnya ayat dalam satu-satu peristiwa yang bersangkutan dengan sahabat-sahabat Rasulullah Saw. Begitulah  hebatnya sahabat-sahabat Rasulullah SAW ini kerana dalam kehidupan mereka bersama Rasulullah SAW itu, telah terjadi peristiwa yang membentuk hukum dalam syariat agama Islam. Semoga kita mendapat panduan yang jelas dan Iktibar danb peristiwa-peristiwa yang berlaku itu dan menjadi panduan dalam kehidupan beragama ini.

Mencintai ilmu dan cinta kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya adalah asas tunjang untuk memperkukuhkan iman dan aqidah demi untuk untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Mengetahui sirah Rasulullah SAW dan sirah para sahabat dapat meningkatkan ilmu pengetahuan serta dapat mematangkan kehidupan berlandaskan syariat agama. Mencontohi keperibadian Rasulullah SAW dan para sahabat yang sentiasa berusaha di atas iman dan amal serta mendapat keredaan Allah SWT sepatut menjadi iktibar kepada kita dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

Oleh itu kitab ini sangat penting dan sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan di majlis-majlis pengajian dan taklim samada di masjid-masjid, di surau-surau atau di rumah-rumah untuk menyuburkan keimanan dan menimbulkan keghairahan untuk beramal.

 


Bestsellers in

MPH - Sahabat Rasulullah S.A.W. dan Asbabun Nuzul ISBN - 9789836101846