• Perca

    RM 40.00

    Available for shipping in 3-5 working days

    • Category : rujukan-agama--lain-lain
    • ISBN Code: 9789830976198
    • Format : Paperback
    • By (Author): Roza Roslan
    • Publisher: Galeri Ilmu
    • Published Date: 01 Dec 2016

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

“Ya Allah ya Tuhanku, Dialah suami yang dijodohkan kepadaku. Barangkali dia tidak tahu atau kejahilannya membuatkan dia berkata begitu.

“Wahai Tuhan, jangan sampai kejahilannya mengheret sama diriku dan zuriat keturunanku ke neraka-Mu. Berilah taufik dan hidayah kepada suamiku. Biar dia menjadi pemimpin besar lagi mulia di sisi-Mu. Terangi hatinya dan bukalah segala hijab yang menutup kegelapan.

“Wahai Tuhan ... perkenankanlah. Barangkali bukan hari ini, bukan esok atau sebulan dua. Namun, daku redha dengan ketetapan-Mu terhadapku. Daku tetap sabar menunggu, dengan izin-Mu.”

Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna. Ada warna ceria, gemilang, kabur, terang, muram dan pudar lagi hambar.

Perca-perca ini kisah yang melekat di hati sanubari. Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna. Ada warna ceria, gemilang, kabur, terang, muram dan pudar lagi hambar. Cebisan kecil itu kelihatan tidak berguna. Namun jika dikumpulkan, dijahit lalu dicantumkan cebisan demi cebisan ... ia menjadi selembar hamparan bermanfaat. Sehelai gebar memanaskan tubuh kedinginan pada malam hari. Adakalanya ia menjadi bidai atau tabir pembahagi ruang. Hasilnya menakjubkan. Sebesar mana ukuran bergantung kepada jumlah cantuman perca-perca. Ada bersaiz besar, sederhana malah ada yang hanya sebesar alas kaki sahaja.

Allahu Akbar! Lembaran itulah nanti bakal dibentangkan di hadapan Mahkamah Allah – Al-‘Adil – Yang Maha Adil bagi menilai setiap inci hasil kerja. Marilah kita terus berfikir, sekecil mana peristiwa kehidupan yang dihadapi oleh manusia, ia tetap milik Allah SWT. Kita hanyalah insan kerdil yang pasti menghadap-Nya lalu kekal selamanya di negeri abadi.

 


Bestsellers in rujukan-agama--lain-lain

MPH - Perca ISBN - 9789830976198