Tampil dengan gaya bahasa yang mudah, namun pengisiannya amat mendalam.
Bertugas di Universiti Taibah sebagai Profesor Perakaunan, dan bermukim di bumi Madinah, Prof Kamil bijak mengadun latar Madinah dalam sisi hidupnya sebagai hamba Allah.
Seperti biasa, MKI menulis dari hati, maka setiap kisah yang dipaparkan pasti akan jatuh ke hati pembaca. Bumi Madinah sememangnya tidak asing bagi umat Islam, namun MKI memerikannya dari sudut yang berbeza dan wajar direnungi bersama!
Pilihan Staf:
Penulis berkongsikan pengalaman berharganya ketika beliau berada di Madinah. Beliau juga turut meluahkan hasrat hatinya untuk membina masjid dan bagaimana akhirnya hasrat itu menjadi realiti. Beliau berdoa dan berharap semoga Allah memberi ilham bagaimana untuk orang yang tidak bertaraf jutawan sepertinya dapat merealisasikan impian tersebut. Buku motivasi keagamaan ini dapat dijadikan panduan dan iktibar kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian.