• Aku Terima Nikahnya: Pelikkah Cinta Tanpa Berkenalan, Keluar Makan-Makan, Berbalas Emel dan SMS?

    • (Average rating 4.29 / 954 ratings / 64 reviews)

    RM 20.90

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : ISLAMIC REFERENCES
    • ISBN Code: 9789830971896
    • Format : Paperback
    • By (Author): Hasrizal Abdul Jamil
    • Publisher: Galeri Ilmu
    • Published Date: 15 Apr 2008

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

"Tarikh bertunang sudah dipersetuhui, cuma 'Mak' nak tanya sesuatu. Kamu pernahkah melihat yang empunya diri?" bakal ibu mertua saya bertanya. Beliau sudahpun membahasakan dirinya 'Emak'.
"Belum, Mak," sayang menjawab sambil tersenyum.

Saya dapat melihat wajah abang saya yang begitu terkejut. Macam mana adiknya boleh bersetuju untuk berkahwin dengan seorang yang belum pernah ditemui? Rakan-rakan yang mendapat tahu tentang pertunangan saya dengan seorang bakal doktor juga amat terkejut.
Anda gilakah, Hasrizal? Kahwin dengan doktor! Anda tak takut kena tinggal?"

Aku Terima Nikahnya adalah rakaman pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah kehidupan berumah tangga. Segalanya bermula dengan menilai cara diri memandang perkahwinan itu sendiri. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan.

Diolah dalam gaya santai dan pendekatan bercerita, dengan dialog-dialog biasa yang merencahi kehidupan sekitar dunia rumah tangga, buku ini menjanjikan pengalaman membaca yang mengasyikkan. Suami mahupun isteri dibawa menghargai keunikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami... demi menyempurnakan perjalanan sebuah rumah tangga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah.


Pilihan Staf:
Seronoknya membaca buku ini...padat dengan pengalaman yang memberi banyak pengajaran kepada sesiapa sahaja - sama ada yang sudah berumah tangga atau belum. Bahasanya santai dan mudah difahami. Di samping itu, ia juga memberi motivasi kepada sesiapa yang sudah berumah tangga untuk terus berusaha menjaga rumahtangga masing-masing.
Setiap pasangan pasti ada cabaran masing-masing,yang penting, kedua-dua suami dan isteri perlu sedar akan hak dan tanggungjawab masing- masing dan saling bekerjasama. Sangat sesuai dibaca oleh pasangan yang sudah dan bakal bergelar suami isteri dan untuk semua peringkat umur. Yang tua dan muda semua sesuai membacanya.Ustaz Hasrizal bijak mengadunkan buku ini dalam pelbagai bentuk seperti diari, dialog, jenaka dan lain-lain.Banyak nasihat yang bagus yang boleh kita amalkan.Tak rugi memiliki buku ini.


 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.29 / 954 ratings / 64 reviews)

Bestsellers in ISLAMIC REFERENCES

MPH - Aku Terima Nikahnya: Pelikkah Cinta Tanpa Berkenalan, Keluar Makan-Makan, Berbalas Emel dan SMS? ISBN - 9789830971896