• Henshin Hero

    • (Average rating 4.40 / 5 ratings / 0 reviews)

    RM 30.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : ISLAMIC REFERENCES - MALAY
    • ISBN Code: 9789672020066
    • Format : Paperback
    • By (Author): Bonda Nor
    • Publisher: Inspirasee International Sdn Bhd
    • Published Date: 20 Jul 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Haris Ikhwan, seorang anak muda yang membesar dengan fikrah perjuangan yang sangat kuat. Di saat rakan lain bergembira menyusur kehidupan seorang remaja, Haris pula memilih untuk menghabiskan usia mudanya dengan dakwah.
 
Bertemu jodoh dengan Hajar Asma' ibarat kisah cinta antara dua darjat. Haris datang dari keluarga besar seorang tentera biasa sementara Hajar pula anak orang ternama. Namun, semua halangan berjaya ditempuhi. Ilmu dan fikrah perjuangan tetap menyatukan hati mereka. Meskipun memiliki sarjana dari luar negara, Haris dan Hajar memilih untuk mewakafkan seluruh kehidupan mereka untuk kerja dakwah dan kemasyarakatan.
 
Sebagai anak sulung kepada sepuluh orang adik beradik, Haris memilih untuk tinggal bersama keluarganya.
 
20 tahun tinggal bersama keluarga mentuanya dalam serba serbi kekurangan telah mengasah ketabahan dan kematangan yang cukup bernilai buat Hajar Asma'.
 
Pasangan pendakwah ini kemudiannya dikurniakan 5 orang cahaya mata. Ammar Hamzah, putera tunggal mereka menjadi kesayangan keluarga dan telah dilatih dengan begitu cemerlang sekali demi meneruskan misi dan visi dakwah kedua ibu bapanya.
 
Namun Allah punya perancangan yang berbeza. Pada hari pertama Ammar sepatutnya mula mengajar, dia dilanggar ambulan dan meninggal dunia tanpa setitik darah pun pada tubuhnya! Bahkan kematian Ammar mendapat liputan yang luar biasa. Satu fenomena pun bermula. Hero yang sepatutnya berbakti ketika masih bernyawa ternyata masih tetap meninggalkan jasa
 
Justeru, di sebalik fenomena Ahmad Ammar ini, ternyata tersimpul kisah cinta agung yang begitu sukar untuk ditemui pada masa kini. Lalu... apa sebenarnya yang berlaku di sebalik Henshin Hero?
 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.40 / 5 ratings / 0 reviews)

Bestsellers in ISLAMIC REFERENCES - MALAY

MPH - Henshin Hero ISBN - 9789672020066