• Ciri-Ciri Isteri Solehah

    RM 15.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : ISLAMIC REFERENCES - MALAY
    • ISBN Code: 9789671554494
    • Format : Paperback
    • By (Author): SHAYKH `ABD AL-RAZZAQ BIN `ABD AL-MUHSIN AL-BADR
    • Publisher: Karya PiS
    • Published Date: 10 May 2019

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Buku ini tidak khusus ditujukan kepada anak dara yang hendak bernikah dan ingin menghiasi dirinya dengan sifat-sifat isteri solehah, sekaligus mempersiapkan dirinya untuk merealisasikan serta menyempurnakannya. Buku ini juga bukan dikhususkan untuk wanita yang telah bernikah dan berhasrat mempunyai ciri-ciri isteri solehah yang membantunya untuk di Syurga kelak. Buku ini sekali lagi tidak juga dikhususkan untuk wanita yang kurang ambil peduli untuk merawat kekurangan diri serta mengingatkan dirinya akan segenap sisi kekurangannya, seterusnya memperbaiki dirinya dan rumah tangganya yang berharga. Akan tetapi ia lebih umum merangkumi kesemua kumpulan ini, bahkan ia merupakan peringatan bagi seorang ayah yang menginginkan anak-anak wanitanya agar membesar dengan baik, hidup dengan kemuliaan dan memasuki alam rumah tangga yang menepati kehendak Allah dan Rasul-Nya SAW.

Juga untuk para ibu kerana kebanyakan anak perempuan membesar dengan akhlak dan sikap yang mereka pelajari daripada si ibu. Bahkan untuk para pendakwah mengambil berat terhadap perkara ini, di samping berusaha menyebarkan sifat-sifat mulia, akhlak-akhlak terpuji serta tatasusila yang diberkati, supaya ia menjadi sifat yang sentiasa dilazimi para wanita dalam masyarakat yang beriman. Lebih-lebih lagi kita hidup sekarang ini pada zaman wanita diperangi dengan perang-perang yang tidak pernah berlaku sebelumnya, melalui medan yang bermacan ragam, saluran yang tidak terhitung banyaknya, kesemuanya bertujuan menghancurkan harga diri, kemuliaan, kesempurnaan, keindahan, keimanan, akhlak serta keistimewaan seorang wanita. Kaca televisyen dan skrin komputer meresapkan segala budaya tidak berakhlak masuk ke dalam akal, buah fikiran serta hati nuraninya tanpa perlu wanita itu keluar rumah sama sekali.

 



Bestsellers in ISLAMIC REFERENCES - MALAY

MPH - Ciri-Ciri Isteri Solehah