• Iqra` Al Furqan

    RM 15.00

    Available for shipping in 2-5 working days

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Iqra' adalah satu kaedah belajar Al-Quran yang tidak asing lagi di negara ini. Kaedah Iqra' adalah salah satu kaedah yang terbukti berkesan apabila ramai pelajar zaman-berzaman yang dapat menguasai Al-Quran dalam masa yang singkat melalui kaedah ini. Maka terbitlah buku Iqra' Al-Furqan ini demi mempelbagaikan lagi pilihan kepada ibu bapa dan para pelajar, di samping memberi nafas baru kepada kaedah penulisan Iqra' yang ada dalam pasaran. Tampil dengan versi 2 warna yang menarik dan kreatif, diharapkan Iqra' ini dapat dijadikan bahan bantu belajar yang dapat mempercepatkan lagi penguasaan Al-Quran dalam kalangan pelajar dengan mudah dan berkesan, Insya-Allah.

"Sahabat kami, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Ezzat Adnan dari NAQ Publications memohon kepada kami untuk mengutarakan sedikit kata-kata aluan bagi buku ini. Kami dapati usaha ini amat baik sekali dan menyokong penuh penerbitan buku ini. Harapan kami supaya pendekatan mudah yang diketengahkan dalam buku ini dapat membantu mereka yang ingin mempelajari Al-Quran dengan lebih berkesan. Kami berharap dengan terbitnya buku ini akan menyemarakkan lagi minat generasi muda untuk mempelajari Al-Quran. Semoga buku ini menjadi kesinambungan kepada usaha-usaha melahirkan generasi yang celik Al-Quran, dan seterusnya dapat disampaikan pula kepada generasi-generasi yang akan datang, Insya-Allah." - S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan

 



Bestsellers in ISLAMIC REFERENCES (MALAY)

MPH - Iqra` Al Furqan ISBN - 9789671526545