• Perubatan Rasulullah: Kenapa Rasulullah Sentiasa Sihat?

    RM 48.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : ISLAMIC REFERENCES - MALAY
    • ISBN Code: 9789670465616
    • Format : Paperback
    • By (Author): Ibnu Qayyim Al-Jauziyah
    • Publisher: Al-Hidayah House of Publishers

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Jika kita perhati masa kini, pembangunan yang pesat dan kemajuan yang canggih dalam pelbagai bidang tidak boleh disangkal lagi. Namun dari sudut kesihatan pula, semakin canggih dan maju teknologi perubatan, pelbagai penyakit, virus dan bakteria berbahaya yang timbul. Malah kini sering mendengar bahawa penyakit itu juga dikategorikan mengikut tahap bahayanya. Mengapa ini berlaku walaupun wujudnya kemodenan dan kecanggihan dalam teknologi perubatan, pencegahan dan pemulihan?

Kita kembali ke zaman lebih 1400 tahun dahulu, iaitu di zaman Rasulullah S.A.W. Kenapa Rasulullah sentiasa sihat? Begitu juga umat Islam di Madinah ketika itu yang sentiasa sihat. Ini adalah suatu yang menarik untuk kita ketahui dan boleh kita jadikan sebagai rujukan.

Apakah tip-tip atau kaedah perubatan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan masyarakat Islam lebih 1400 tahun yang lalu dalam menjaga kesihatan? Dan apakah jenis diet dan nutrisi yang diamalkan untuk kebaikan kesihatan mereka?

Semua ini dicatatkan di dalam buku hasil karya Ibnu Qayyim Al-Jauzlyah ini. Yang juga merupakan satu khazanah ilmu yang amat berguna untuk kita. Semoga tip dan kaedah sihat yang diamalkan oleh Rasulullah SAW boleh kita jadikan panduan dan alternatif selain daripada penggunaan teknologi perubatan moden.
 

 



Bestsellers in ISLAMIC REFERENCES - MALAY

MPH - Perubatan Rasulullah: Kenapa Rasulullah Sentiasa Sihat? ISBN - 9789670465616