• 1000 Mukjizat Rasulullah

    RM 65.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : rujukan-agama--lain-lain
    • ISBN Code: 9789670326672
    • Format : Paperback
    • By (Author): Dr. Mustafa Murad
    • Publisher: Inteam Publishing
    • Published Date: 15 Mar 2015

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Buku 1,000 Mukjizat Rasulullah SAW ini, sesungguhnya merupakan hadiah terhebat buat umat untuk mencambahkan cinta teragung kepada Baginda SAW. Dengan mengetahui mukjizat yang dianugerahkan Allah SWT kepada Baginda, mampu mengikis sikap bersahaja, sambil lewa terhadap keagungan akhlak dan keperibadian Baginda sebagai kekasih Allah di alam maya ini. Baginda adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah SWT, pemimpin seluruh keturunan Adam, manusia pertama yang bangkit dari kubur di hari kiamat, manusia pertama yang mendapat dan memberi syafaat dan manusia pertama yang masuk ke syurga kekal abadi.

Di dalam buku ini, pembaca akan menyedari bahawa setiap orang yang datang kepada Baginda membawa suatu keperluan, maka Baginda dengan sabar akan memenuhinya dan melayaninya atau memberikan nasihat yang sangat mudah difahami. Masyarakat ketika itu, sangat berpuas hati dengan sikap dan tingkah laku Baginda. Baginda SAW umpama bapa bagi mereka. Membaca buku ini mampu menyingkap rasa takjub kepada kehebatan mukjizat Baginda dalam memahami konteks dakwah kepada golongan sukar di zamannya. Manusia yang tinggi egonya tidak mampu menolak kebenaran bila berhadapan dengan Kehebatan Baginda membaca sesuatu maklumat ghaib. Ibarat menonton filem epik Barat yang hebat dengan seni  kesan khasnya, gambaran pokok boleh beralih tempat dan berjalan dengan arahan Baginda, anggota badan yang cedera boleh sembuh dalam sekelip mata berkat mukjizat Rasulullah SAW. Banyak lagi kisah keajaiban mukjizat Rasul yang diceritakan di dalam buku ini. Justeru, memiliki buku 1,000 Mukjizat Rasulullah SAW ini ibaratnya memiliki keberkatan 1,000 kisah mukjizat Rasul di kotak minda. Ibaratnya memiliki 1,000 kisah keagungan dakwah Baginda menerusi keajaiban mukjizat dalam mengembangkan Islam di muka bumi ini. Wallahu a'lam.

 


Bestsellers in rujukan-agama--lain-lain

MPH - 1000 Mukjizat Rasulullah ISBN - 9789670326672