• Keajaiban Cinta Rasul S.A.W.

    RM 20.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : rujukan-agama--lain-lain
    • ISBN Code: 9789670326658
    • Format : Paperback
    • By (Author): Arif Rahman Lubis
    • Publisher: Inteam
    • Published Date: 15 Oct 2014

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

“Sungguh Telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang Mukmin.” (Surah at-Taubah: 128)

Rauf dan Rahim adalah nama-nama Allah yang mulia. Dan apabila ia dinisbahkan kepada insan ciptaan-Nya sendiri (Nabi Muhammad), maka insan itu akan dimuliakan. Maka, mengapa kita tidak mahu mengucapkan “Ya hanana” (alangkah beruntungnya kami) kepada junjungan mulia ini. Bagi umat Muhammad yang menjadi Sahabatnya juga dimuliakan kerana mencintainya dengan ikhlas. Sehinggakan jika mereka masuk syurga sekalipun, ia tidak dapat memberikan apa-apa manfaat buat mereka jika mereka tidak dapat bersama Nabi SAW di syurga kelak.

Semakin tinggi kecintaan para Sahabat kepada Rasulullah maka masuk syurga dengan kenikmatan yang pelbagai, bukan lagi menjadi impian dan harapan buat mereka. Apa yang mereka inginkan ialah bersama Baginda di syurga kelak.

Malulah kita sebagai umatnya dengan benda yang tidak hidup seperti sebatang tamar yang pernah dijadikan sandaran buat Nabi ketika menyampaikan khutbah. Tangisan sebatang tamar yang telah dipotong menangis kerana mencintai Baginda sesungguhnya. Baginda yang sedang menaiki mimbar yang baru terpaksa turun dan memujuk tamar yang sedang menangis teresak-esak sebab Baginda tidak lagi menggunakannya sebagai sandaran. Pujukan Baginda itu persis seorang ibu yang memujuk anaknya yang sedang menangis. Akhirnya, Baginda memujuknya dengan memberikan 2 pilihan; sama ada ingin hidup berbuah sepanjang zaman atau tumbuh di syurga kelak. Dek kerana cintanya kepada Baginda, pohon itu memilih untuk bersama Baginda di syurga kelak sebagai sebatang tamar yang hidup dekat dengan Baginda SAW. Ya hanana!

Justeru, dengan terbitnya buku ini adalah diharapkan bertambahnya cinta kita terhadap Baginda SAW sebagai rahmat seluruh alam.

 


Bestsellers in rujukan-agama--lain-lain

MPH - Keajaiban Cinta Rasul S.A.W. ISBN - 9789670326658