• Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga yang Disegerakan

    RM 25.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : rujukan-agama--lain-lain
    • ISBN Code: 9789670326054
    • Format : Paperback
    • By (Author): Adil Abdul Mun'im Abu Al-'Abbas
    • Publisher: Inteam

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Rumahtangga adalah satu laluan ke arah kematangan. Pada hidup berumahtangga itulah adanya segala rencah kehidupan; manis, gembira, bahagia, terasa, sedih, marah dan sebagainya. Segala mehnah dan cabaran yang dilalui akan membentuk seseorang itu menjadi manusia samada lebih baik iaitu cekal, berdikari, sabar dan matang atau sebaliknya iaitu menjadi seorang yang negatif dengan sifar pemarah, berputus asa dan pentingkan diri sendiri.Teras utama yang akan menjamin kesinambungan dan keberkatan sesebuah rumahtangga adalah paksi agama yang kukuh. Sikap yang positif dan disenangi pasangan, pasangan yang sekufu serta kewangan keluarga yang kukuh menjadi faktor penyokong untuk merealisasikan rumahtangga yang tenang dan bahagia. Buku "Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga yang Disegerakan" ini merupakan satu buah tangan yang cukup berharga bagi mana-mana individu atau pasangan yang bakal berumahtangga atau yang masih sendiri tetapi ingin mempersiapkan diri sebelum saat yang dinantikan itu tiba. Buku ini mengupas secara ringkas namun padat tentang tajuk-tajuk penting yang merangkumi hal-hal sebelum berumahtangga iaitu tentang memilih calon, perihal akad nikah dan majlis perkahwinan serta kehidupan setelah berumahtangga iaitu tentang adab hubungan suami isteri, menimang anak, akikah, bersunat dan tidak ketinggalan tentang merancang kehamilan anak.Semoga buku ini menjadi rujukan yang utama kepada masyarakat di luar sana yang bercita-cita untuk membina rumahtangga yang diberkati Allah. Rumahtangga yang bahagia akan menjadi syurga dunia bagi ahlinya.

 


Bestsellers in rujukan-agama--lain-lain

MPH - Perkahwinan & Rumahtangga: Syurga yang Disegerakan ISBN - 9789670326054