• Ibu Idolaku

    RM 7.90

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : READERS
    • ISBN Code: 9789674282530
    • Format : Paperback
    • By (Author): Sunarti Yusoff
    • Publisher: Synergy Media
    • Published Date: 01 Jul 2013

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Mimi merupakan seorang kanak-kanak yang lincah dan  cerdas. Dia menjadi sumber inspirasi kepada keluarga. Mimi baru berusia 10 tahun tetapi dia mempunyai sikap serba ingin tahu menjadikan dia seorang kanak-kanak yang bijak.
          
Pada suatu hari Mimi terjumpa sebuah buku. Buku yang tidak pernah dilihatnya. “Buku apa ini?” Mimi bertanya kepada dirinya sendiri. Ia membuatkan Mimi berasa hairan. Lalu dia membuka helaian demi helaian buku itu. Rupa-rupanya itu adalah buku ‘catatan rahsia' ibunya. Di dalam buku itu terdapat bahan-bahan masakan, jadual menu makan harian, nama-nama dan jenis-jenis kuih, senarai berat badan anak-anak dan lain-lain lagi. Bahkan di dalam buku itu juga terselit serangkap puisi yang menarik untuk membentuk keluarga bahagia.
 
“Keluarga bahagia...Seseorang ibu perlulah pandai dan bijaksana...Suami adalah matahari kehidupan...Isteri adalah rembulan penerang malam."
 
“Mimi tidak akan pandai hanya dengan membaca buku itu. Yang penting adalah Mimi perlu belajar dan mempraktikkannya!” tiba-tiba Mimi terdengar suara itu. Mimi terkejut bukan kepalang. Ibunya ternyata sudah berada di belakangnya. Apakah ibu Mimi akan memarahinya kerana membaca buku rahsia itu?

Itulah antara dialog cerita di dalam buku ini. Buku Ibu Idolaku merupakan buku yang boleh dijadikan panduan kepada anak-anak anda yang berada dalam proses pembesaran. Bahan bacaan berguna ini sesuai dimiliki dan secara tidak langsung dapat membentuk dan mengajar anak anda.

 

 



Bestsellers in READERS

MPH - Ibu Idolaku ISBN - 9789674282530