Disebabkan takut kepada Abang Zack dan kawan-kawannya, Muiz mengajak Miera lari dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Mereka pergi dengan menaiki lori Abang hairi secara senyap-senyap. Sesuatu yang pelik terjadi kerana ada seseorang yang mengenali Miera di temapt asing itu. Bukan itu sahaja, dua orang budak perempuan sebaya Miera juga telah menyapanya.
Oh! Apa yang berlaku? Mengapa ramai orang mengenali Miera? Muiz juga sudah cemas apabila mendapati adiknya telah hilang. Dia berusaha mencari Miera. Namun, kejadian ini telah membawa kepada persoalan yang sukar dan sangat menghairankan. Akhirnya rahsia sepuluh tahun dahulu pun terbongkar..