• Sherlock Holmes: Misteri Lembah Boscombe, Lima Butir Biji Oren & Lelaki Bermulut Herot

    • (Average rating 0.00 / 0 ratings / 0 reviews)

    RM 10.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : remaja-and-kanak-kanak-lain-lain
    • ISBN Code: 9789673694167
    • Format : Paperback
    • By (Author): Sir Arthur Conan Doyle
    • Publisher: PTS Publication
    • Published Date: 31 May 2019

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Misteri Lembah Boscombe Holmes dan Watson bertolak ke Boscombe untuk membantu Lestrade dalam kes pembunuhan Charles McCarthy. Semua testimoni mensabitkan kesalahan ke atas anaknya, James McCarthy. Bagaimanapun tunang James, iaitu Cik Turner yakin dia tidak bersalah. Lebih merumitkan keadaan, James pula mengaku bersalah. Sherlock Holmes menyedari ada sejarah terpendam antara keluarga Turner dan McCarthy. Lima Butir Biji Oren Bapa saudara John Openshaw, iaitu Kolonel Elias ditemui mati beberapa ketika selepas menerima sepucuk surat yang mengandungi lima butir biji oren kering dan tertulis K. K. K. pada sampulnya. Beberapa tahun kemudian, ayah John, iaitu Joseph pula menemui maut selepas menerima surat yang sama. Kini, surat yang serupa sampai ke tangan John. Dia segera datang menemui Sherlock Holmes untuk meminta pertolongan. Selepas banyak kes yang berjaya diselesaikannya, dapatkah Holmes menyelamatkan nyawa John kali ini? Lelaki Bermulut Herot Neville St. Clair, seorang usahawan yang berjaya telah hilang dan isterinya mendakwa kali terakhir dia melihat suaminya itu adalah di tepi tingkap sebuah sarang penagihan candu dalam kota London. Isterinya terus berkejar naik ke tempat itu tetapi dia hanya menemui seorang peminta sedekah yang tempang, yang menafikan tentang kewujudan orang lain di dalam bilik tersebut. Neville disyaki telah dibunuh, dan polis telah menangkap pengemis itu. Namun, beberapa hari kemudian, isteri Neville menerima surat daripada suaminya. Sherlock Holmes menyiasat sama ada Neville masih hidup atau surat itu cuma satu permainan pemilik sarang penagihan candu tersebut.

 


Goodreads Reviews

(Average rating 0.00 / 0 ratings / 0 reviews)

Bestsellers in remaja-and-kanak-kanak-lain-lain

MPH - Sherlock Holmes: Misteri Lembah Boscombe, Lima Butir Biji Oren & Lelaki Bermulut Herot