Auni kembali dengan kisah-kisah hebat penuh teladan. Antaranya, Hormati Ibu.
Auni ditegur oleh Puan Zahidah kerana terlalu asyik bermain dengan Muezza, anak kucing yang baru dibelanya sehinggakan terlupa membuat kerja sekolah. Auni tidak puas hati terhadap ibunya lalu bersikap acuh tidak acuh kepada ibunya.
Puan Zahidah yang faham dengan tindakan anaknya itu menceritakan satu kisah yang terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW. Apa kisahnya? Adakah Auni masih marahkan ibunya?
Kisah-kisah lain:
- Perbuatan Buruk Dibalas Baik
- Sayangi Haiwan
- Mari Belajar Al-Quran
- Tidak Baik Mengeluh