Buku ini adalah salah satu dari kitab ringkasan (Mukhtasar)(Kitab Shahih) karya Imam Bukhari. Sebuah kitab yang menjadi rujukan utama umat Islam sejak dari keagungan empayar Islam lagi sehingga kini. Penulisan dan pemilihan hadis-hadisnya sangat teliti dan terpilih sehingga para ulama menamakannya sebagai Ashahul Kutubil Mushanafah atau kitab yang paling sahih yang pernah disusun.
Kitab ini mengandungi isi kandungan jilid yang tebal sehingga sukar untuk dibawa dan dihafal. Oleh yang demikian, atas inisiatif Ibnu Abi Jamrah Al-Andalusia iaitu seorang ulama hadis telah meringkaskan kitab tersebut dari 7,500 lebih hadis, beliau hanya mengambil 296 hadis yang merupakan intisari dari semua bab yang terdapat didalamnya. Sehingga mudah bagi para penghafal, dai, ustaz, mubaligh atau sesiapa sahaja untuk membawa dan menghafalnya.
Dengan membawa dan menghafal buku ini, seakan-akan anda telah membawa dan menghafal seluruh kitab Shahih Bukhari yang hebat.