• Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua)

    RM 20.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : professional-lain-lain
    • ISBN Code: 9789836296016
    • Format : Paperback
    • By (Author):
    • Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
    • Published Date: 01 Aug 2015

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua ini diterbitkan sebagai salah suatu usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu melalui pelbagai saluran penyampaian maklumat bahasa kepada masyarakat pengguna bahasa. Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah penamaan syarikat, bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan. Buku cetakan pertama sebelum ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat pengguna bahasa, khususnya pihak berkuasa tempatan, syarikat dan pemaju perumahan yang kesemuanya terlibat dalam kerja-kerja penamaan mengikut bidang masing-masing. Oleh yang demikian, Dewan Bahasa dan Pustaka merasakan adalah perlu buku edisi kedua ini diterbitan dengan memuatkan tambahan lampiran untuk memudahkan para pengguna bahasa Melayu membuat pilihan nama yang indah dan betul. Buku edisi kedua ini mengandungi koleksi nama dan ungkapan yang melambangkan citra kebangsaan. Kata dan ungkapan di dalam buku edisi kedua ini disusun lebih komprehensif dengan memuatkan lebih banyak kata dan ungkapan yang melambangkan ciri-ciri identiti nasional berdasarkan kumpulan kata yang merangkumi jenis flora, pakaian, makanan, permainan dan alat muzik tradisional di negara kita.

 


Bestsellers in professional-lain-lain

MPH - Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Kedua) ISBN - 9789836296016