• Pengurusan Sumber Manusia Berdaya Saing

    RM 40.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : SUMBER MANUSIA
    • ISBN Code: 9789674120443
    • Format : Paperback
    • By (Author): Zafir Mohd Makhbul
    • Publisher: Penerbit UKM
    • Published Date: 01 Jun 2013

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Pengurusan sumber manusia sesebuah organisasi merupakan perkara penting yang akan memastikan matlamat arganisasi tercapai. Pelbagai pendekatan telah digunakan oleh organisasi untuk menjadikan sumber manusia organisasi terus berdaya saing dan berani menghadapi cabaran persaingan. Fenomena perubahan persaingan, penstrukturan semula, pengecilan saiz perniagaan dan seumpamanya telah memberikan banyak tekanan bukan sahaja kepada organisasi malah kepada sumber manusia. Sumber manusia yang tidak diberikan latihan dan pembangunan yang mencukupi akan berasa bimbang dan takut menerima perubahan ini. Kesemua ini akan memberi kesan ke atas motivasi dan kesetiaan pekerja. Justeru, organisasi yang telah mengamalkan sistem tradisional dalam pengurusan sumber manusia perlu melakukan pengubahsuaian selari dengan perubahan yang berlaku dalam persekitaran. Terdapat amalan tradisional yang masih relevan masa kini, namun ianya perlu di sesuaikan dengan situasi semasa. Melalui pengurusan sumber manusia strategik, organisasi akan memastikan ia sentiasa berdaya saing dan sumber manusianya bersedia menghadapi perubahan. Kelestarian ini ini akan dapat dicapai jika pengurus sumber manusia mempunyai tiga set kemahiran, iaitu pengetahuan teknikal dan profesional, kemahiran dalam semua fungsi pengurusan sumber manusia dan bijak mengurus perubahan. Kejayaan mengurus sumber manusia amat bergantung kepada kecekapan dan kebijaksanaan pemimpin organisasi atau pengamalnya. Mereka memerlukan pengetahuan yang luas dan terkini dalam setiap fungsi pengurusan sumber manusia. Melalui pelaksanaan fungsi tersebut dengan cekap dan berkesan, akan melahirkan sumber manusia yang berkualiti dan memberikan imej yang baik kepada pihak dalaman dan luaran organisasi.

 



Bestsellers in SUMBER MANUSIA

MPH - Pengurusan Sumber Manusia Berdaya Saing ISBN - 9789674120443