• Terus Mencintaimu (Value Buy)

    RM 9.90

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : FICTION - MALAY
    • ISBN Code: K068674062545
    • Format : Paperback
    • By (Author): Eliza Ab
    • Publisher: KarnaDya
    • Published Date: 01 Jun 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Hanif Qairin menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap Ery. Gadis tomboy itu telah menyebabkan dia digantung sekolah serta penyebab kepada kemalangan Haidar Qairen, abangnya sehingga lumpuh. Wajah Ery tidak pernah pudar dari ingatannya. 10 tahun cukup menyeksakan buat Haidar Qairen. Gadis yang telah membuatnya jatuh cinta pergi tanpa khabar berita. Pencariannya hampir sia-sia sehinggalah kehadiran Iris Eryna telah mengubah segala-galanya. Wajah gadis itu seiras dengan gadis yang dicarinya selama ini. Bagi Hanif Qairin, pertemuannya dengan Iris Eryna merupakan titik permulaan permusuhan mereka. Setiap kali bertembung, pasti ada pertengkaran yang berlaku di antara mereka berdua. Malah, perasaan benci Hanif Qairin meruap tatkala bertemu dengan Iris Eryna. Iris Eryna akur pada ketentuan Allah. Identiti yang cuba disembunyikan akhirnya terbongkar. Kebenaran atas apa yang terjadi dahulu membuatkan dia berasa kecewa. Lelaki yang dicintainya selama ini adalah penyebab kepada semua yang terjadi. Masih adakah sinar kebahagiaan buat Iris Eryna? Masih adakah lagi perasaan benci dan dendam di hati Hanif Qairin setelah semuanya terbongkar? Adakah cinta Haidar Qairen terhadap gadis yang dicarinya itu berbalas?

 



Bestsellers in FICTION - MALAY

MPH - Terus Mencintaimu (Value Buy)