• Antologi Puisi: Pemadam Duka

    RM 10.50

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : ANTOLOGI PUISI
    • ISBN Code: 9789674380533
    • Format : Paperback
    • By (Author): Rahman Shaari
    • Publisher: PEKAN ILMU
    • Published Date: 01 Apr 2019

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Karya-karya dalam buku ini dihasilkan oleh gabungan penyair yang berpengalaman dan juga penyair muda. Gabungan ini harmonis sekali, kerana setiap penyair mempunyai gaya dan isi karya yang saling melengkapi untuk membawa maksud ‘pemadam duka’.
 
Judul Pemadam Duka memuatkan makna atau konsep yang sama dengan konsep Katarsis, iaitu judul buku puisi Zaen Kasturi. Katarsis ialah istilah psikologi yang membawa makna pelepasan daripada derita jiwa atau ketegangan rasa. Pemadam Duka juga membawa makna itu, namun kedengarannya bersahaja.
 
Gaya berkarya penyair-penyair ini ada yang realis dan ada yang romantis, dan gaya itu beriringan dengan unsur-unsur perbandingan terutama simbol dan metafora. Tema-temanya, antara lain ialah sikap bertolak ansur, sikap amanah, kecekalan, nasib, rindu, kasih sayang, kekeluargaan, pesan keagamaan dan beberapa lagi. Pembaca akan memperoleh manfaat dari segi moral dan pendidikan, serta dapat pula menikmati kesenian karya yang dihidangkan ini.
 



Bestsellers in ANTOLOGI PUISI

MPH - Antologi Puisi: Pemadam Duka