• Kumpulan Puisi: Selembar Demi Selembar

    • (Average rating 2.00 / 1 ratings / 1 reviews)

    RM 20.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : ANTOLOGI PUISI
    • ISBN Code: 9789674306816
    • Format : Paperback
    • By (Author): Razali Mohd Yussof
    • Publisher: Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)
    • Published Date: 15 Jan 2015

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Memuatkan rasa getar kepengarangan Razali Mohd Yussof tentang kegagahan bangsanya selain kegelisahannya terhadap masa depan anak bangsanya yang didapati kian kehilangan jati diri sebagai bangsa asal negara ini. Getar rasa ini dikongsinya bersama untuk membuka deria lihat dan deria fikir anak bangsanya supaya mereka mengenal "siapa kita" di tanah air tercinta ini. Pengarang membawa pembaca untuk sama-sama menyelak diari bangsa yang mencatatkan segala macam rupa dan karenah bangsa itu sendiri dalam menghadapi gelombang kehidupan yang semakin mencabar, khususnya dalam era dunia tanpa sempadan ini - dunia yang menagih kekentalan semangat dan kebijakan akal untuk tegak sebagai manusia yang tetap berbangsa di tanah yang berdaulat ini.

Sesungguhnya buku ini berupaya menyinggul daya taakulan pembaca menerus subjek yang diangkat daripada persekitaran- yang kadangkala tidak terfikir oleh kita, atau kadangkala memang tidak kita endahkan, atau kadangkala terlepas pandang oleh kita. Dan sesungguhnya jua, Selembar Demi Selembar ialah diri kita dalam diari kita.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 2.00 / 1 ratings / 1 reviews)

Bestsellers in ANTOLOGI PUISI

MPH - Kumpulan Puisi: Selembar Demi Selembar ISBN - 9789674306816