• Bukan Kahwin Paksa (Novel Diadaptasi ke Drama)

    • (Average rating 4.12 / 436 ratings / 42 reviews)

    RM 28.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : FICTION - MALAY
    • ISBN Code: 9789674063023
    • Format : Paperback
    • By (Author): Syamnuriezmil
    • Publisher: KarnaDya
    • Published Date: 31 Jan 2020

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.”

“Kenapa cakap macam tu pulak?”

“Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.”

Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia! Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah emel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon.

Dia, Izz Rizqin mengorbankan cintanya pada yang lebih berhak. Dia seorang yang menjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Bila berkorban itu bermakna dia seorang pencinta yang sejati. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya. Dia pula, Dara Safiya, tidak percaya pada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta.

“Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru... what say you?”

“Then you get your answer...”

“Jawapan?”

“That I love you too...” Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali... kita mula mencintai untuk dicintai.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.12 / 436 ratings / 42 reviews)

Bestsellers in FICTION - MALAY

MPH - Bukan Kahwin Paksa (Novel Diadaptasi ke Drama)