• Jadi Milikku?

    • (Average rating 4.20 / 49 ratings / 6 reviews)

    RM 21.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : MALAY NOVEL
    • ISBN Code: 9789671165843
    • Format : Paperback
    • By (Author): Najwa Rahman
    • Publisher: Ilham Bestari
    • Published Date: 30 Jun 2014

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Dhiya Zhafira, gadis ceria yang pernah punya kisah silam yang pahit telah terjatuh hati pada kawan baik sendiri, Faris. Hadirnya Aireen di antara mereka mengundang duka di setiap harinya. Semakin dia menafikan perasaan sendiri, semakin dia terluka. Dhiya akhirnya akur saat Faris meninggalkan dia tanpa sebarang kata apabila dia meluahkan perasaannya sewaktu lelaki itu mahu ke luar negara, menyambung pengajiannya bersama Aireen.

Hadirnya Mika di dalam hidup Dhiya bukanlah satu kebetulan. Mereka sering dipertemukan didalam takdir yang ditulis oleh Allah S.W.T meskipun hubungan mereka tidak pernah lekang dari pertengkaran. Tanpa mereka sedar bila, sebuah ikatan persahabatan terjalin di antara mereka. Mika, yang sering dilabel beku dan sinis, adakalanya manis jua. Entah bila, nama Mika mulai meniti di bibirnya dan sering diseru di dalam hati.

Mika pandang aku, “Sayang sangat angah kau dengan Cik Jonet tu. Sepatutnya dia orang tu cepat-cepat menikah.”

Aku ketawa, “Eleh, kau frust ke apa ni tak boleh kahwin dengan Aya?”

Mika buat muka. “Kau cakap macam tu, esok aku hantar rombongan pergi rumah kau. Biar kau frust kena kahwin dengan aku!”

Saat hatinya mulai melupakan Faris, berita kematian Aireen mengejutkan Dhiya. Perasaan bersalah bersarang di dalam hati. Kesal bertamu tiba-tiba, apatah lagi di saat bonda Faris dan mama Aireen melamarnya untuk Faris. Dhiya bingung! Bonda Faris mengharapkan dia mengatakan ya namun hatinya menghalang. Kesian pada Faris namun di hati sudah tiada sayang. Siapa bakal menjadi pilihan hati Dhiya? Faris atau Mika? Sungguh, Dhiya keliru!

“Ketuk-ketuk pintu hati, tanya siapa yang menghuni?
Ketuk-ketuk lagi, senyap sunyi tiada jawapan.
Ketuk sekali lagi, ada deheman dari dalam hati.
Ketuk lebih kuat bersama salam, hati tiba-tiba menjawab,
‘Penghuni hati adalah dia'.”

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.20 / 49 ratings / 6 reviews)

Bestsellers in MALAY NOVEL

MPH - Jadi Milikku? ISBN - 9789671165843