• Bisa: Pertarungan Melawan Ajal

    • (Average rating 4.50 / 8 ratings / 3 reviews)

    RM 25.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : FICTION - MALAY
    • ISBN Code: 9789670990088
    • Format : Paperback
    • By (Author): Khairulzaman Khobin
    • Publisher: SO Publishing
    • Published Date: 31 Mar 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Pada tahun 2025, Malaysia dilanda pelbagai masalah. Penyakit ‘radang matahari' berbahaya menular dengan pantas akibat daripada perubahan cuaca yang mendadak. Di seluruh dunia, ramai yang mati akibat daripada penyakit ini. Oleh itu, atas dasar utama untuk menjadi negara pertama mencipta vaksin penyakit ini, Dato' Seri Aman Razali telah menubuhkan sebuah bandar yang dikenali sebagai Medjay ataupun Medical Jaya. Bandar ini merupakan bandar khas untuk segala fasiliti dan ubat baru dicipta.

Musim monsun kembali lagi. Dua orang pelajar universiti, Urmila dan Johan dipelawa untuk melawat bangunan dan juga ular-ular yang bakal meningkatkan kualiti vaksin ‘radang matahari'.

Rahman, seorang mekanik masuk ke dalam kawasan Medjay untuk membaiki kerosakan di tingkat tiga makmal Mobicorp.

Dr. Citra pula memulakan harinya hari ini dengan mengkaji ular yang pertama setelah membawa Urmila dan Johan berjalan melihat projek mereka.

Kejadian yang tidak diingini berlaku apabila ular di dalam makmal dilepaskan oleh seseorang atas arahan John Frankein. Akibatnya, salah seorang pekerja telah mengaktifkan sistem keselamatan bandar. Kini, bandar tiada jalan keluar apabila semua pintu ditutup secara automatik.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.50 / 8 ratings / 3 reviews)

Bestsellers in FICTION - MALAY

MPH - Bisa: Pertarungan Melawan Ajal ISBN - 9789670990088