• Februari

    • (Average rating 3.89 / 9 ratings / 4 reviews)

    RM 25.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : FICTION - MALAY
    • ISBN Code: 9789670774565
    • Format : Paperback
    • By (Author): Rafiuddin Rabu
    • Publisher: Terfaktab Zine
    • Published Date: 15 Apr 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Februari ialah bulan terakhir dalam kalendar Roman sehingga 450 SM ia dijadikan bulan yang kedua. Asalnya Januari dan Februari tidak wujud dalam kalendar kerana bagi Roman musim sejuk di antara bulan Disember dan Mac ialah tempoh panjang tanpa bulan. Numa Pompilius, Raja Roman yang kedua memberi nama Februarius, kemudian Julius Caesar memberi 28 dan 29 hari kepada bulan itu.
 
Ada 152 jenis perayaan dalam bulan Februari di seluruh dunia. Seperti yang kau tahu, perayaan yang paling popular disambut dalam bulan ini ialah hari berkasih sayang, Valentine Day. Asal-usul Valentine Day sangat-sangat samar. Ada yang menyatakan ia hari warga Rom menyambut Lupercalia, hari penyucian dan kesuburan. Ada yang mengaitkan dengan sambutan cinta buat sang paderi, St. Valentine yang dipenjara kemudian dibunuh kerana menyebarkan agama Kristian semasa pemerintahan Rom. Malah sebahagian lain menyatakan ia meraikan St. Valentine yang terlibat dalam kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol.
 
Hari ini, Valentine Day disambut pasangan meluahkan kasih sayang mereka dengan bertukar-tukar kad ucapan, bunga dan cokelat atau manisan.
 
Februari juga diingati sebagai bulan perang buat rakyat dalam February Revolution (1997) di Russia, February Uprising di Austria (1934), Civil War (1863) di Amerika dan Mexican – American War (1847).
 
Februari bagi saya dan Mulan Jameela ialah tarikh yang dijangka lahirnya anak sulung kami melihat dunia. Namun Tuhan punyai perancangan yang lebih baik mempersiapkan Asyran buat kami di hari penghitungan amal.
Seperti 152 perayaan dan 4 peperangan besar tercatat sebahagian daripada sejarah yang berlaku dalam bulan ini, buku Februari juga satu koleksi nota-nota penting buat penulisnya, Rafiuddin.
 
Februari yang kamu pegang ini mengandungi anekdot-anekdot cinta dan perbualan orang yang berkasih-kasihan. Anak dengan mak, anak dengan ayah, suami dengan isteri juga pakwe dengan makwe. Rencam. Namun asasnya berputar-putar kepada kasih dan sayang.
 
Februari merekodkan momen-momen yang tidak hanya mengepung rasa gembira, tetapi juga mengambil saat-saat payah dalam perhubungan. Ketawa dan tangisan yang menjadi baja membungakan kehidupan.
 
Saya kira Rafiuddin mahu mengajak kita berfikir bahawa berkasih sayang ini mudah. Ki
 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.89 / 9 ratings / 4 reviews)

Bestsellers in FICTION - MALAY

MPH - Februari ISBN - 9789670774565