• Bahasa Hati Kita

    • (Average rating 4.28 / 208 ratings / 47 reviews)

    RM 26.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : FICTION - MALAY
    • ISBN Code: 9789670718064
    • Format : Paperback
    • By (Author): Rehan Makhtar
    • Publisher: Idea Kreatif
    • Published Date: 15 Jul 2014

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Satu ketentuan bila Qalam Azad a.k.a Que yang sinis dipertemukan dengan Dian Jehanna Puteri a.k.a Jed yang bengis. Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Biar dielak, biar ditolak, tetap juga terjadi.

“Kalau kau rasa aku nak layan kau macam puteri kat sini, silaplah. Boleh cari orang lain.” - Que.
“Aku tak susahkan orang lain. Aku susahkan diri sendiri. Kau apa kisah?” – Jed

Jed yang tersasar. Jed yang memberontak kerana marahkan orang tua. Hadirnya seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi untuk melayakkan diri sebagai isteri di sisi lelaki sehebat Que. Tapi..rasa seperti dia tak mampu.

“Kau memang benci aku, kan?” tanya Jed pada Que.
“Aku tak cakap aku benci...”
“Tapi, kau tak suka aku,” cantas Jed.
“Pun aku tak cakap aku tak suka...” Que renung Jed dua saat.
“Kalau tak suka, aku tak luang masa dengan kau, aku tak dukung kau, bawak pergi hospital, siap tunggu lagi. Tak jadi orang bodoh kejar kau sampai ke Sungai Tua sana, bawak kau makan, bungkuskan nasi, nasihatkan kau...”

Hati mereka mula berbicara. Bahasa sunyi itu hanya mereka saja yang mengerti. Bagi Que, tugasnya mendidik Jed menjadi seorang puteri akan berakhir bila wanita itu menjadi isteri. Tapi... ianya tidak semudah yang diinginkan.

“Jauh lagi aku kena jalan untuk sampai tahap tu...” - Jed
“Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi...” - Que.

Mampukah seorang Qalam Azad membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi sri kandi besi yang sentiasa teguh berdiri di sisi suami? Bahasa hati mereka ada jawapannya.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.28 / 208 ratings / 47 reviews)

Bestsellers in FICTION - MALAY

MPH - Bahasa Hati Kita ISBN - 9789670718064