• Mockingjay (Edisi Bahasa Melayu)

    RM 20.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : NOVEL
    • ISBN Code: 9789670381640
    • Format : Paperback
    • By (Author): Collins, Suzanne
    • Publisher: Scholastic Malaysia
    • Published Date: 20 Nov 2014

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Katniss Everdeen, gadis berjiwa kental, terselamat, walaupun rumahnya telah dimusnahkan. Gale berjaya melepaskan diri. Ibu dan adiknya juga selamat. Peeta telah ditangkap oleh Capitol. Daerah 13 benar-benar wujud. Ada pemberontak. Ada ketua-ketua baru. Revolusi sudah bermula.

Usaha menyelamatkan Katniss dari arena sewaktu Quarter Quell yang kejam dan menakutkan itu sememangnya dirancang, sepertimana Katniss telah lama merupakan sebahagian daripada revolusi tanpa pengetahuannya. Daerah 13 telah muncul dari persembunyiannya dan sedang mengatur rancangan untuk menggulingkan Capitol. Nampaknya semua orang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam rancangan ini kecuali Katniss.

Kejayaan pemberontakan bergantung pada kerelaan Katniss membiarkan dirinya dipergunakan, untuk memikul tanggungjawab terhadap ribuan nyawa, dan untuk menukar masa depan Panem. Demi matlamat ini, dia mesti mengetepikan perasaan marah dan curiganya. Dia mesti menjadi 'Mockingjay' buat pemberontak walau apa jua kesan terhadap dirinya.

 



Bestsellers in NOVEL

MPH - Mockingjay (Edisi Bahasa Melayu) ISBN - 9789670381640