• Cerita Cinta Ahmad Ammar

    RM 23.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : MOTIVASI AGAMA
    • ISBN Code: 9789678604307
    • Format : Paperback
    • By (Author): Grup Penjejak Tamadun Dunia
    • Publisher: Karya Bestari
    • Published Date: 31 Mar 2014

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.

Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.

Pilihan Staf:

Himpunan cerita tentang Allahyarham Ahmad Ammar yang digarap oleh teman-teman seperjuangan, keluarganya yang dikasihi dan kenalan yang pernah mengenali beliau. Bermula dari kisah di alam persekolahan sehingga cerita tentang dirinya di menara gading (sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir), membuatkan seolah-olah kita memang kenal dengan seorang remaja bernama Ahmad Ammar. Sesuai untuk dijadikan bahan bacaan terutama untuk anak remaja yang sentiasa ingin berpegang kepada seorang ikon atau idola di dalam mengharungi arus kehidupan yang sangat mencabar tika ini.

Sesungguhnya, Allahyarham Ahmad Ammar adalah sumber inspirasi terbaik buat anak muda yang sentiasa mencari jalan dan peluang untuk membuat kebaikan dan kebajikan di dunia ini. Buat semua anak muda, berbaloi untuk anda memiliki senaskhah buku ini! 

 



Bestsellers in MOTIVASI AGAMA

MPH - Cerita Cinta Ahmad Ammar ISBN - 9789678604307