• Mata Akal Mata Hati

    • (Average rating 4.33 / 12 ratings / 0 reviews)

    RM 25.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : MOTIVASI
    • ISBN Code: 9789670466040
    • Format : Paperback
    • By (Author): Prof Dr Muhaya Mohamad
    • Published Date: 17 Apr 2013

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Sebagai pakar mata, saban hari saya merawat pesakit yang ingin memulihkan penglihatan, hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, demi mencapai kesempurnaan dan keselesaan hidup. Namun begitu, bagi saya, selain kita berusaha untuk "celik mata fizikal", kita juga perlu berusaha untuk "celikkan mata hati". Untuk mencelikkan "mata hati", tidak perlu mengeluarkan wang ringgit, kerana kita boleh merawat sendiri hati kita. Dalam diri kita ada seketul daging yang dinamakan hati - jika baik hatinya baiklah peribadinya dan begitulah sebaliknya. Hati bagai telaga, peribahasa Melayu mengatakan; "dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh"

Minda pula merupakan akal fikiran yang mengawal tindak tanduk manusia. Banyak orang yang menyalahgunakan mindanya, dengan berfikir perkara-perkara yang negatif - cuak untk bertindak dan beralah sebelum berjuang. Mengikut kajian, apabila kita berfikiran negatif maka, kita akan menjadi lemah. Sebaliknya fikiran positif menguatkan diri seseorang. Apabila kita mengubah persepsi, mengubah keutamaan, mengubah fokus kehidupan, insya Allah perjalanan hidup kita akan jelas.

Ambillah iktibar daripada para ulama pada zaman Rasulullah SAW, seperti Hasan al Hudaibi, apabila beliau dipenjarakan beliau berkata, "Penjara bukanlah tembok tebal jerijil besi. Penjara yang sebenarnya adalah belenggu dalam perasaan dan fikiran". Biarpun pada fizikalnya beliau diberkas dengan tali yang tidak mampu ditetas tetapi, mindanya masih bebas untuk beribadah kepada Allah. Maka itu, marilah sama-sama kita, set semula (reset) minda, ubah cara berfikir, dengan berprasangka baik kepada Allah.

Hapuskan semua pemikiran negatif yang bersarang dalam minda. Berfikir secara positif dan bertindak secara positif-insya Allah kita akan berjaya. Kerana kejayaan ada di mana-mana selagi kita berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. Itulah janji Allah kepada hambaNya. Semoga buku ini dapat memberikan inspirasi baharu dalam hidup anda.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.33 / 12 ratings / 0 reviews)

Bestsellers in MOTIVASI

MPH - Mata Akal Mata Hati ISBN - 9789670466040