• Ini Mazhabku: Bagaimana Saya Beriltizam dengan Mazhab

    • (Average rating 4.00 / 5 ratings / 2 reviews)

    RM 35.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : FARDHU KIFAYAH
    • ISBN Code: 9789671177099
    • Format : Paperback
    • By (Author): Mohd Hapiz Mahaiyadin
    • Publisher: Inspirasi I Media
    • Published Date: 01 Nov 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Ketika khilaf dan perbalahan golongan agama memuncak sehingga menggugat keharmonian masyarakat awam, buku ini cuba mengutarakan pendekatan lebih harmoni mengenai beberapa persoalan teras seperti ijtihad, taklid, kepatuhan kepada sunnah (ittiba' al-sunnah), punca berlaku khilaf ulama, kemunculan mazhab fiqh dan hukum beriltizam dengannya, yang sering menjadi perselisihan antara aliran Syafi'yyah dan Salafiyyah. Pertembungan antara kedua-duanya daripada segi idealisme, metodologi berfikir dan hujah intelektual sentiasa menatijahkan impak kepada masyarakat awam daripada segi amali. Ilmu fiqh dan usul fiqh yang mengkoordinasi sumber al-quran dan sunnah dalam suatu kesepaduan hukum islam, sepatutnya mengangkat tahap kesarjanaan ilmuannya. Malangnya'orang pengajian islam' masa kini hanya menjadi pakar konflik dalam isu hukum yang tidak dinamik, Justeru, buku ini adalah satu pintu kecil untuk para pembaca awam menjejak pengetahuan tentang displin syariah dan hukum Islam yang teramat luas cakupannya. Konsep-konsep syariah yang sukar difahami, telah diwacanakan dalam gaya penyampaian yang mudah dan ringkas. Mensarjanakan pembaca awam dengan pengetahuan prinsip-prinsip syariah adalah solusi meminimumkan konflik tersebut. Buku ini juga percaya hanya pendekatan sederhana (wasatiyyah) berjaya membina suasana yang kondusif bagi mempraktikkan hukum syarak di Malaysia.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.00 / 5 ratings / 2 reviews)

Bestsellers in FARDHU KIFAYAH

MPH - Ini Mazhabku: Bagaimana Saya Beriltizam dengan Mazhab ISBN - 9789671177099