• War of Love

    RM 22.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789838220750
    • Format : Paperback
    • By (Author): Wannie Nordin
    • Publisher: Fajar Pakeer
    • Published Date: 01 May 2020

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Auranya lain macam! Misteri dan suspens. Muncul seperti ribut, hadir seperti angin. Buat hidup Iris haru-biru. Adiknya ditinggalkan terkontang-kanting depan tok kadi, ayahnya jatuh sakit dan semua harta keluarganya secara tiba-tiba menjadi milik lelaki itu. Hayat Mikael, ada saja kejutan yang dilakukannya menjadikan Iris naik hantu. Mikael memang cari nahas, tak mungkin Iris akan biarkan saja tanpa melawan. Kau buat aku, aku akan buat kau juga. Nak lawan? Nak berperang? Ok, set, on!

“It’s my pleasure to fight with you, my darling. Our game, our war... The war of love. Pastikan yang you takkan kalah, sebab kalau kalah… itu bermakna you dah jatuh cinta dengan I.” – MIKAEL

“Aku takkan jatuh cinta dengan kau. Jerk!” – IRIS

Iris lancarkan perang benci, Mikael lancarkan perang berstrategi. Mikael kejam dan sentiasa 10 langkah ke hadapan! Iris berdendam walaupun tahu Mikael bukan saingan. Bila rahsia terbongkar, Iris sendiri keliru. Perang benci menjadi simpati. Hati yang dingin menjadi lembut dan perasaan dendam bertukar cinta. Macam mana nak berperang habis-habisan kalau begini? Macam mana nak kentalkan jiwa ni? Ah, sudah… bahaya gila! Adakah Iris mampu untuk terus memerangi Mikael lebih-lebih lagi apabila dia mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu Bagaimana untuk Iris berdepan dengan apa yang telah berlaku? Teruskanlah membenci kerana suatu saat, kau akan mencintaiku… Walaupun dengan cara yang menyakitkan.

 



Bestsellers in CINTA

MPH - War of Love