• 15%

  • Halalkan Dia Untukku

    • (Average rating 0.00 / 0 ratings / 0 reviews)

    RM 23.80

    You Save: RM4.20

    RM 28.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789838220354
    • Format : Paperback
    • By (Author): Nurfaza Alisya
    • Publisher: FAJAR
    • Published Date: 29 May 2019

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

“Kenapa payah sangat nak angkat call saya ni? Lain kali kalau tak nak angkat jangan pakai telefon.”
– ADAM
 
“Tuan… Tak baik membebel. Perit telinga saya. Saya ingatkan orang tersalah nombor atau scammer. Tu malas nak angkat.” - AISYAH
 
Kemunculan Aisyah di Syarikat Bina Teguh mengejutkan Adam. Dia yakin Aisyah adalah gadis yang disukainya sejak zaman sekolah. Tapi, Adam kecewa bila mengetahui Aisyah sudah dimiliki Firdaus. Bila Firdaus memilih gadis lain, peluang Adam muncul kembali. Dia tekad mendapatkan Aisyah. Rancangan gila dimulakan…
 
Dituduh berkhalwat? Aisyah mengamuk lalu membawa diri ke kampung. Adam tanpa rasa bersalah datang dan melamar Aisyah.
 
“Saya nak jumpa famili awak untuk saya halalkan awak.”- ADAM
 
“Saya rasa tuan dah salah pilih orang.”– AISYAH
 
Ketulusan Adam membuka ruang untuk Aisyah menerima ikatan cinta tanpa rasa. Namun, duri mula melanda hubungan seram sejuk ini. Munculnya Firdaus memberi mendung di wajah Aisyah. Datangnya Wanie terus menerus membuka ruang malap di hati Adam.
 
Dua manusia ini tidak habis-habis menabur garam di luka mereka.
 
Lantas Adam menghilangkan diri meninggalkan Aisyah yang mula mencintai suaminya. Tuluskah cinta, jika hanya seorang saja yang ingin berjuang? Kesedihan... mengapa mesti datang berulang kali?
 
Adakalanya hubungan mengalami masa-masa suram. Belajarlah untuk saling menjaga hati. Jangan tinggalkan sesuatu yang belum selesai. Sesungguhnya dugaan itu adalah hadiah terbaik dalam mencari bahagia yang tertunda.
 


Goodreads Reviews

(Average rating 0.00 / 0 ratings / 0 reviews)

Bestsellers in cinta

MPH - Halalkan Dia Untukku