• Tulus

    • (Average rating 4.00 / 1 ratings / 1 reviews)

    RM 27.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789838220187
    • Format : Paperback
    • By (Author): Zara Aluwi
    • Publisher: Fajar Pakeer
    • Published Date: 25 Nov 2018

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Cinta pertama tidak akan mati sampai bila-bila. Ia akan terkubur oleh waktu, tetapi tidak pada hati. “Abang masih tunggu Nurul. Sampai bila-bila pun, abang tetap tunggu.”– SYUKRI

“Cinta semalam dah berlalu, bang. Jangan tunggu Nurul. Berkahwinlah dengan sesiapa pun. Nurul tumpang bahagia.” - NURUL

Syukri cinta pertamanya, lelaki yang telah menyelamatkannya tetapi lelaki itu jugalah yang telah mematahkan hatinya. Nurul akur bukan jodohnya bersama Syukri. Antara cinta dan keluarga. Biarlah dia berkorban. Dia sayangkan lelaki itu tetapi dia lebih sayangkan ibu dan ayahnya. Dia akur bila Abang Wan menjadi pilihan ayahnya. Dia akan cuba membina masa depan dengan lelaki itu. Dunia barunya bersama Abang Wan tidak pernah bahagia. Herdikan, pukulan menjadi santapan hidupnya hingga sanggup seorang suami menjual isterinya demi melunaskan segala hutang. Dia nekad untuk melarikan diri.

Mana mungkin Nurul akan bertahan di neraka ciptaan manusia ini. Kehidupan Nurul penuh dengan teka teki. Dia tidak pernah mengerti kenapa dugaan begitu hebat untuk gadis sepertinya. Ketika cinta pertama muncul kembali, dia masih dihadapkan dengan pelbagai masalah. Dia masih keliru dengan takdir hidupnya. Namun kehadiran Syukri memberi satu petanda bahawa memang lelaki itu adalah cinta pertama dan cinta terakhirnya. Syukri adalah semangatnya. Tempat dia berpaut dari terjatuh lagi. Bagaimana dengan Syukri? Tuluskah dia menerima Nurul seadanya? Cinta itu perlu ketulusan untuk menyempurnakannya bukan? Bertahan atau menyerah... hanya hati yang merasa dapat menduga.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.00 / 1 ratings / 1 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Tulus