• Kerana Aku Tidak Sempurna

    RM 32.90

    Available for shipping in 6-8 working days

    • Category : MALAY BOOK
    • ISBN Code: 9789675822544
    • Format : Paperback
    • By (Author): AINI YZ
    • Publisher: SR Publication
    • Published Date: 01 Jun 2020

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Nur Alina seorang gadis biasa yang serba serbi kekurangan. Kekurangan yang ada pada dirinya menjadi bahan ejekan teman-teman sekolahnya. Hati yang pada mulanya tabah menepis segala ejekan daripada orang sekeliling akhirnya rapuh juga apabila dia sendiri telah jatuh cinta dengan pembuli itu. .

"Kau nak apa Thaqif?" Nur Alina bersuara. .

Thaqif Safwan menekup mulutnya dengan tangan. Gayanya seolah-olah terkejut. .

" Mak aih, suara dah macam mak cik - mak cik aku dengar. Hahaha... " Ketawanya meletus di situ juga. .

" Kurang asam. Apa masalah kau? Aku sakit tekaklah. Bila sakit tekak, biasalah suara aku jadi macam ni."

Muka Nur Alina merah menahan marah. Sudahlah dia kurang sihat ditambah pula sakit tekak. Mahu saja dia menumbuk muka lelaki di hadapannya. Suka-suka hati menghina dirinya. . Ke mana sahaja Nur Alina berada pasti menjadi bahan ejekan Thaqif Safwan sehinggalah tamat alam persekolahan. .

Mereka dipertemukan kembali apabila kedua-duanya sah bergelar suami isteri. Pelbagai pahit manis yang ditempuhi semasa di alam perkahwinan kerana masing-masing menyangkal perasaan sayang yang semakin berputik di dalam hati. . Bagi Thaqif Safwan, kesempurnaan lebih penting dalam hidupnya. Nur Alina yang serba serbi kekurangan ditolak ke tepi. .

Mampukah dua insan ini mengakui bahawa di dalam hati masing-masing perasaan cinta sudah lama berputik? Mampukah Thaqif Safwan merendahkan egonya dan terima semua kekurangan isterinya? Adakah cinta kedua-dua insan ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat? Kerana Aku Tidak Sempurna merungkai segala-galanya.. .

 



Bestsellers in MALAY BOOK

MPH - Kerana Aku Tidak Sempurna