• Dia Perempuanku

    • (Average rating 4.16 / 64 ratings / 22 reviews)

    RM 30.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : Fiction- Malay
    • ISBN Code: 9789675289767
    • Format : Paperback
    • By (Author): Fauziah Ashari
    • Publisher: Intens Media
    • Published Date: 01 Mar 2019

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Sorry sayang.

Ardini mengetap gigi. Geramnya tak habis lagi, lagi-lagi melihat dua perkataan daripada kertas A4 yang dilekap Aazad di cermin bangunan sana.

“Baik...” Ardini sudah merangka apa yang perlu dia buat sekarang ini. Segera dia balas nota Aazad.

Tengok I. Berdiri statik

Usai dia tunjukkan kertas itu kepada Aazad, dia undurkan dirinya. Ardini senyum senget. Kau memang cari nahas Tuan Ardini. Ini pagi lagi la ngok. Kalau orang sana tergoda, mati kau nak layan dia kat mana? Takkan kat ofis ni kut. Mati terkejut karang minah tu. Belum lagi witch yang sorang tu.

“Pedulilah kalau orang kata aku miang kat Aazad.” Ardini mula berdiri ala gaya model. Dia berjalan perlahan-lahan sambil mahu membuka butang kemejanya satu persatu bermula dari atas. Mengacah Aazad saja. Gayanya yang slow motion itu buat Aazad terkejut di sana. Teruja? Sangat sebenarnya. Ah, Ardini bikin dia gawat di pagi hari. “Bos!” Juliana menerjah masuk, seiring dengan bukaan pintu. Pekkkk!

“Bos!” Juliana buntang mata melihat Ardini yang terjelepok jatuh.

“Awat ni bos?”

“You la, yang sergah I, kenapa? Terkejut tau tak!” Geram pula Ardini. Orang sedang sibuk goda Aazad, ada pula yang kacau daun. Dia mengurut pergelangan kakinya. Dahlah hari ni stiletto heel nya 5 inci. Selalunya dia pakai yang 2 ½ inci saja.

AAZAD RADI : Dia perempuan yang aku kahwini. Dia juga perempuan yang aku cerai! Namun dia juga yang kucintai. Tidak akan aku lepaskan dia lagi, perempuanku yang bertakhta di hati. “Saat berpisah, sudah abang catat di hati, bila bertemu nanti...akan abang hayati setiap saat.”

TUAN ARDINI : Aku jatuh cinta kerana dia lelaki baik yang sangat menyayangi keluarganya. Namun, sayang, dia terseksa memilih antara aku dan mamanya. Dan aku memilih untuk memudahkan hubungan kami. Jadilah kami seperti aku ini mistressnya dan dia sugar daddyku. “I dalam penjara, rasa cinta juga dalam penjara. Penjara jiwa.” SEJAUH manakah pasangan ini berjaya pertahankan kisah unik dan aneh mereka daripada cengkaman Datin Sri Dafinah yang psiko?

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.16 / 64 ratings / 22 reviews)

Bestsellers in Fiction- Malay

MPH - Dia Perempuanku