• Aku Nak Kaulah Cik Senget

    • (Average rating 4.19 / 21 ratings / 4 reviews)

    RM 26.00

    Available for shipping in 3-6 working days

    • Category : Fiction- Malay
    • ISBN Code: 9789675289538
    • Format : Paperback
    • By (Author): Kay Delaila
    • Publisher: Intens Media
    • Published Date: 31 Dec 2018

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

“T taqae fi alhubb... maeak,” ucap Ameer dengan harapan Reanna akan membalas bicaranya. Tangan Reanna terhenti membasuh. Diam sejenak, kemudian disambung kembali kerja yang terhenti.

“Uhibbuki,” bicara Ameer lagi buatkan Reanna berpaling memandang padanya dengan pandangan mata yang bingung. Terkebil-kebil mata Reanna memandang pada Ameer.

“Nak bubur? Reen penatlah nak masak lagi. Esok-esok boleh?” Ameer terbatuk menahan gelak. Ambik kau. Padan muka aku!

“Tazujini.”

“Malam ni? Tak bolehlah. Esok-esok ya,” selamba balas Reanna. Bukannya dia tak faham maksud ayat yang baru diucapkan oleh Ameer padanya tadi. Bahasa Arab, pilihan bahasa yang diambil ketika di universiti dulu. Parah betul Abang Jambang ni. Ayat mula-mula dah buat aku cuak... i fall in love with you konon. Bila masa entah fall fall ni. Haish... tapi cara dia sebut uhibbuk tu best sangat... lagi sedap dari sebut i love you. Hmmmmm.... tapi betul ke katanya yang terakhir tu.... betul ke dia serius nak kahwin dengan aku? Reanna bersoal jawab di hati.

EMY Reanna sangat fobia dengan cinta apatah lagi mengikat diri dalam ikatan perkahwinan. Dilema bermula apabila kembarnya, Emy Elisa bakal berkahwin. Habis disogok mana-mana lelaki yang kononnya sesuai untuk dirinya oleh si kakak kembar supaya mereka boleh berkahwin sama-sama.

AMEER Zubair Khan pula, lelaki ala-ala imam muda yang tiba-tiba disogokkan gadis cantik yang selamba dan berusaha lari dari kehebatan keluarganya. Dia jatuh cinta akhirnya setelah penolakan demi penolakan dilakukan Reanna. Tanpa bercinta, dia terus mengajak kahwin!

“Kenapa Reen? Kenapa Reen pergi rumah tuk kadi tanpa pengetahuan papa?”

“Entah. Sekejap Reen rasa nak nikah awal. Sekejap rasa macam nakkan tambahan masa. Reen dah pesan kat tuk kadi tadi, selesaikan hal dia dulu kat kampung tu. Nikah Reen ni bila-bila pun boleh. Reen okey je,” jelas Reanna buatkan membulat mata Taufiq dan Adeeba.

“Reen call tuk kadi? Tadi papa dah call tuk kadi, kemudian Reen pulak call?” Adeeba masih tidak percaya memandang Reanna yang lengkap berpakaian nikah. Reanna cuma angguk pada soalan Adeeba. Wajah mama dan papanya dipandang silih berganti.

“Salah ke? Kita jangan desak tuk kadi. Nanti dia terkejar-kejar nak ke sini, accident...siapa nak jawab? Biar je lah, tuk kadi tu habiskan kerja dia dulu di kampung tu.”

“Habis tu nak nikah jam berapa ni?” soal Taufiq. Astaghfirullahalazim... tak pernah dibuat orang, majlis nikah terhenti gara-gara pengantin perempuan ubah masa sesuka hati tanpa perbincangan bersama. BAGAIMANALAH agaknya apabila Cik Senget aka Reanna ni setelah menjadi isteri Ameer?

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.19 / 21 ratings / 4 reviews)

Bestsellers in Fiction- Malay

MPH - Aku Nak Kaulah Cik Senget