• Gurauan Berkasih

    • (Average rating 3.74 / 31 ratings / 3 reviews)

    RM 35.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789675067006
    • Format : Paperback
    • By (Author): Eliza Ab
    • Publisher: Kaki Novel

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers


Hidup Nur Liyana Safiyah menjadi kucar-kacir dengan kehadiran Amirul Arif Iskandar. Ditambah pula dengan hasrat dan niat Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan dirinya. Pelbagai cara dan taktik dirancang oleh Nur Liyana Safiyah untuk menggagalkan rancangan Tan Sri Khalil sehingga sanggup mengupah seseorang untuk berlakon di hadapan Tan Sri Khalil.

“Awak dah berjaya, Liyana. Awak dah berjaya buat saya tergoda dengan awak. Awak dah berjaya buat saya jatuh cinta dengan awak. Awak dah berjaya buat saya menelan kesemua kata-kata yang pernah saya hamburkan pada awak dulu. Awak dah berjaya memalukan saya. Dan, awak dah berjaya buat saya angaukan awak.” – Amirul Arif Iskandar.

Drama demi drama yang dilakonkan oleh Nur Liyana Safiyah akhirnya menjerat dirinya sendiri. Dia dibenci oleh Dato' Zulkifli dan didendami oleh Nur Laila Safiyah. Dia dibuang keluarga malah diharamkan menjejakkan kaki ke rumah. Nur Liyana Safiyah akur akan nasib yang menimpa dirinya.

Demi sebuah kebenaran, Nur Liyana Safiyah bertekad untuk mencari asal usul dirinya. Mencari punca dan sebab kenapa dirinya dibenci oleh Dato' Zulkifli. Mencari sebab kenapa Nur Laila Safiyah mendendaminya.


 

 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.74 / 31 ratings / 3 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Gurauan Berkasih ISBN - 9789675067006