• Kembali Mencintai

    • (Average rating 3.17 / 12 ratings / 3 reviews)

    RM 33.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789674691080
    • Format : Paperback
    • By (Author): Syamnuriezmil
    • Publisher: KARYASENI
    • Published Date: 15 Jan 2019

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Hanya kerana mahukan sebuah dewan sekolah bagi memudahkan anak muridnya belajar, Thiya terpaksa menyamar menjadi calon menantu Tengku Fareha untuk anaknya, Tengku Faal Haris... Yang merupakan ‘seorang’ buaya! Mulanya, Thiya ingatkan penyamaran itu dah kantoi apabila Tengku Fareha betul-betul muncul. Sekali... Tengku Fareha pun mula berlakon. Rupa-rupanya, Tengku Fareha ada agenda lain! Tengku Fareha menyuruh Thiya terus menyamar dan... Terpaksalah Thiya bertahan dengan Tengku Faal. Pelbagai cara yang Tengku Faal cuba buat untuk Thiya menyerah kalah untuk tidak menjadi calon menantu Tengku Fareha. Tapi bukan Thiya la yang mempunyai hati sekental dinosaur untuk menyerah kalah dengan ‘seorang’ buaya!

“I nak tahu juga you ni spesies dinosaur yang mana. So that, I boleh tahu cara untuk pupuskan you dan keturunan you!” – Tengku Faal

Tengku Faal akhirnya berjaya mencari kelemahan Thiya. Thiya rupa-rupanya anak Tan Sri Thaqif. Tan Sri Thaqif pula kagum dengan Tengku Faal yang pandai menguruskan syarikatnya sendiri. Lagilah mudah untuk Tengku Faal menyuruh Thiya mengaku kalah. Baru sahaja Thiya nak berbaik dengan ayahnya...

Takkan nak bergaduh semula gara-gara tak mahu dikahwinkan dengan Tengku Faal? Nak tak nak terpaksalah Thiya mengundur diri. Ingatkan apabila dinasour dah mengaku kalah, buaya dah menang... Cerita itu terhenti di sini. Tiba-tiba Tengku Faal pula beria-ia nak dijodohkan dengan Thiya. Dia memberikan Thiya tiga minggu untuk buat keputusan.

“Saya tak tahu apa agenda awak, Tengku Faal. Tapi apa yang saya tahu... If you treat me like a game, I'll show you how to play!” - Thiya

“So, I'll treat you like my queen... Will you treat me like your king?” – Tengku Faal

Muncul pula Firas Amsyar, membuatkan Tengku Faal lebih berusaha untuk meyakinkan Thiya yang dia adalah jodoh pilihan untuk Thiya. Bukannya Firas Amsyar, lelaki yang pernah berada dalam hati Thiya suatu ketika dulu sebelum menghilang. Thiya akhirnya memutuskan untuk menerima Tengku Faal dengan syarat dia bersetuju dengan syarat taklik tambahan yang dikenakan untuk membuktikan yang Tengku Faal betul-betul sudah berubah.

“Oleh sebab, abang sayangkan Thiya dan abang yakin kita ada jodoh, abang setuju dengan apa aje syarat yang Thiya kenakan. Asal jangan tinggalkan abang sudah.”

Tetapi... Nama pun buaya kan, mana mungkin akan berubah makan kubis!

“Saya sabitkan dan sahkan jatuh talak satu kali pertama ke atas Plaintif Thiya binti Tan Sri Thaqif berjumlah satu talak bermula pada hari ini.” Mungkinkah Thiya akan memberi peluang kepada Tengku Faal untuk kembali mencintai? Atau... Thiya kembali mencintai Firas Amsyar?

“Thiya plan apa lepas ni? Thiya jangan risau. Fir ada. Anything that you need... Fir boleh tolong. Fir tak mengharapkan apa-apa.” - FIRAS AMSYAR

Kerana... Peluang kedua itu tidak akan bermakna kalau tidak belajar daripada peluang pertama.

 


Goodreads Reviews

(Average rating 3.17 / 12 ratings / 3 reviews)

Bestsellers in cinta

MPH - Kembali Mencintai