• Seadanya Aku

    RM 22.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789674691011
    • Format : Paperback
    • By (Author): Rissa Ahdiya
    • Publisher: Karya Seni
    • Published Date: 15 Nov 2018

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Cerita itu. Ya, cerita yang ingin dilupakannya. Bertahun dia menyimpannya sendiri, berharap yang cerita itu akan terkubur sendiri. Siapa tahu, cerita itu muncul semula ketika bahagia di depan mata. Kesuciannya dipersoalkan, kejujurannya diragui.

" Fik dah fikirkan dalam-dalam. Ikhlas Fik sayangkan Fiya. Fik tak kesah dengan cerita silam Fiya. Kita kahwin!"- TAUFIK

Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Kenduri sedang berlangsung. Tetamu sudah berpusu datang. Jurunikah sudah lelah menunggu, tetapi pengantin lelakinya langsung tidak mucul. Aufiya rasa lebih baik dia mati sahaja daripada menanggung malu. Dan, lelaki itu muncul tiba-tiba menyelamatkan maruahnya dari terus ditelanjangkan Taufik. Dia menerima huluran bantuan Zarul walaupun rasa bersalah menggunung tinggi. Zarul yang tegas, Zarul yang dingin dan Zarul juga tunangan Wina. Zarul itulah yang dihantar Tuhan sebagai penyelamatnya.

" Saya tak tahu saya bakal jadi pengantin hari ni. Jadi saya tak sediakan apa-apa untuk Aufiyah. Saya cuma ada cincin ini sebagai tanda saya ikat Aufiya dalam hati saya. "- ZARUL

Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarnya hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

" Abang bukan hak Faye dari mula. Abang hak Wina. Faye tak mahu rampas abang daripada kawan baik Faye sendiri- " - AUFIYA

Zarul. Dia menawarkan diri bukan kerana terpaksa. Tapi demi rasa yang sudah sekian lama ada. Tapi, sabarnya seakan-akan diuji. Sayang Aufiya terhadap Wina seolah-olah tidak bertepi.

" Kalau sayang sangat dengan Wina tu, apa kata, Faye bermadu aje dengan dia? Senang, kan?"- ZARUL

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. Tegarkah Aufiya terus melukakan hati Wina yang sudah dianggap seperti darah dagingnya itu? Atau Auliya rela menghancurkan hatinya sendiri demi melihat Wina bahagia? Antara kehendak sendiri dan persahabatan, yang manakah akan menang?

 


Bestsellers in cinta

MPH - Seadanya Aku ISBN - 9789674691011