• Super Daddy

    • (Average rating 3.33 / 15 ratings / 7 reviews)

    RM 26.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789674062675
    • Format : Paperback
    • By (Author): Dhiyana
    • Publisher: KARNADYA
    • Published Date: 01 Sep 2018

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Demi Luqman Firdaus... Nuqman danial kembali muncul setelah sekian lama menghilangkan diri. Sekeping nota ringkas... menimbulkan seribu persoalan di dalam kepala. Athar Faiz ditinggalkan sebagai tanda kenangan dan juga sebuah amanah yang perlu dipikulnya. Kemunculan gadis yang bernama Inara Sofea di Bandung, penuh dengan misteri. Nuqman yang sememangnya sentiasa tenang, menghulurkan bantuan. Hati lelakinya mula dijentik perasaan halus apabila senang meluangkan masa bersama-sama Inara. Usikan mula menjadi penghias hubungan hati, walaupun bibir cuba berkias-kias kata. Sekembalinya mereka ke Malaysia, sekali lagi mereka berdua dipertemukan di dalam satu insiden. Sekali lagi Nuqman dengan senang hatinya menghulurkan bantuan. Dan, juga mengambil kesempatan untuk mendekati Inara.

"Dah tengah meneran nak buat apa menyahut? Hilang mood tahu tak!" - NUQMAN DANIAL

"Hasil pelaburan Tuan tu batu ke apa sampai teran tak boleh nak menyahut? Nak membuang pun kena ada mood," - INARA SOFEA

Usikan demi usikan semakin mendekatkan hubungan mereka berdua. Nuqman tak tertanggung lagi untuk menanggung rasa hati. Lantas dilamarnya Inara untuk menjadi teman halal untuk disentuhi. Usai disatukan, kemisterian Inara mula tersingkap sedikit demi sedikit. Sepanjang mereka berdua saling mengenali dan menyulam kasih, Nuqman turut mula 'diganggu'. Dan disebalik kehilangan Luqman, ada sesuatu yang dirancang. Nuqman danial memunculkan diri untuk merungkai misteri. Hadirnya Inara Sofea berserta teka-teki, tetapi hati terpaut pula pada si Super Daddy. Masihkah mereka berdua berpeluang untuk merasai kebahagiaan yang ikhlas hadir dari hati?

 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.33 / 15 ratings / 7 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Super Daddy