• Cinta Semanis Gula

    • (Average rating 3.67 / 18 ratings / 0 reviews)

    RM 20.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789673651443
    • Format : Paperback
    • By (Author): Hanny Esandra
    • Publisher: Fajar Pakeer

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

"Tea lady for me.”

Affirina rasakan ungkapan itu satu penghinaan ke atas dirinya yang memiliki ijazah dalam Hiasan Rekaan Dalaman. Lalu, dia yang kecundang dalam satu sesi temu duga melancarkan perang dingin ke atas lelaki bernama Mohd. Edikasyah, si penemuduga.

Edikasyah pula sengaja mencari peluang untuk mengenakan Affirina bila mana dia sengaja membiarkan Affirina terus salah faham mengenai hubungannya dengan gadis bernama Nabila sewaktu kunjungan mereka ke butik pengantin tempat Affirina bekerja.

Daripada perang dingin, akhirnya mereka menjadi sahabat. Sahabat yang membawa erti dalam hidup Affirina dan juga Edikasyah sehinggakan Affirina sering keliru dengan layanan ‘sahabat' yang selalu dia terima daripada Edikasyah.

Sedang Affirina baru mahu meniti kebahagiaan, muncul pula lelaki yang pernah merobek maruahnya suatu ketika dulu. Dia jadi buntu. Buntu dalam menilai keikhlasan Agus Rahfiz yang datang kepadanya dengan keinsafan. Salam maaf Agus Rahfiz disambut dan persahabatan kembali terjalin. Tetapi hari tidak selalunya panas, hubungan mereka disalahtafsirkan oleh Edikasyah. Kekacauan mula berlaku dan peperangan jiwa mula meletus dalam hati mereka.

Mampukah hubungan yang baru bercambah terus subur? Mampukah Affirina mempertahankan hubungan yang terjalin bersama Edikasyah? Atas sebab apa Agus Rahfiz kembali dalam hidup Affirina? Antara Edikasyah dan Agus Rahfiz, siapakah lelaki pilihan Affirina? Apakah perhubungan yang terjalin, akan terus ada kemanisannya?

 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.67 / 18 ratings / 0 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Cinta Semanis Gula ISBN - 9789673651443